KURSUS FARAID DAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA LANJUTAN 2 TAHUN 2023 JAWHAR

KURSUS FARAID DAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA LANJUTAN 2 TAHUN 2023 JAWHAR

381983392 692474516247419 8236702522075225302 n
Kuala Lumpur, 19-21 September 2023 – MAIS melalui Sektor Baitulmal telah menyertai Kursus Faraid dan Pembahagian Harta Pusaka Lanjutan 2 anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) Bahagian Baitulmal bertempat di Corus Hotel, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh peserta seramai 22 orang pegawai daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).
 
Antara objektif kursus kali ini adalah untuk memberi pendedahan secara terperinci kepada pegawai-pegawai berhubung teknik pengiraan munasakhat dalam kes pusaka yang warisnya adalah berlapis-lapis. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah jemputan yang berpengalaman luas dalam bidang faraid dan pembahagian harta pusaka iaitu YBrs. Tuan Haji Wan Abd Halim bin Wan Harun, Mantan Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Cawangan Negeri Perak.
 
YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR telah menghadiri dan seterusnya merasmikan kursus yang diadakan selama tiga (3) hari ini yang turut disertai oleh YBrs. Encik Mohd Sabri bin Seman, Pengarah Bahagian Baitulmal, JAWHAR.
 
MAIS yang diwakili oleh 5 orang pegawai menghadiri kursus tersebut bagi memperkukuhkan lagi ilmu berkenaan pengiraan faraid bagi memudahkan urusan dalam menjawab persoalan tang diajukan oleh masyarakat.
 
Diharapkan segala ilmu dan latihan yang diperolehi daripada kursus ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang hadir seterusnya dapat melahirkan lebih ramai pakar ilmu faraid di kalangan pegawai MAIN dari seluruh Malaysia.
 
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor