KLANG, 19 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor menganjurkan Kursus Pemantapan Panel Penasihatan Akidah dan Panel Istitabah 2023. Seramai 30 orang peserta dikalangan ahli-ahli panel penasihatan akidah dan panel istitabah dari seluruh Selangor terlibat dalam kursus ini yang diadakan selama 3 hari 2 malam bermula 17-19 November yang lalu. Kursus yang diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta bagi mempelajari prosedur dan tatacara pengurusan mahkamah berkaitan pengisytiharan status bukan lagi Islam. Selain itu, kursus ini juga memberi pendedahan kepada peserta bagi mempelajari ilmu-ilmu pendekatan kaunseling dan strategi dalam menangani isu-isu keluar Islam selain perkongsian nilai-nilai murni dalam perlaksanaan dakwah kepada bukan Muslim. Antara penceramah yang terlibat dalam kursus ini ialah Puan Nurul Syakirah Johari, Ketua Bahagian Undang-undang Syariah MAIS; Tuan Haji Muhammad Fitri Abdullah, Pengerusi PERKIM Negeri Selangor dan Ustaz Abdul Halem Hapiz Salihin, Penolong Mufti, Jabatan Mufti Negeri Selangor. Perasmian penutup disempurnakan oleh Ustaz Fadzirul Akmal Mohd Sharif, Ketua Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS. Dalam ucapannya beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli panel yang terlibat dalam kursus ini. Beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada peserta dalam mendepani cabaran dalam tugasan sebagai Ahli Panel Penasihatan Akidah dan juga Panel Istitabah. Tambah beliau lagi, tugasan sebagai panel adalah satu tanggungjawab yang besar kepada ummah khususnya di Negeri Selangor. Diakhir kursus, semua peserta menerima sijil kehadiran yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Halem Hapiz, Penolong Mufti Jabatan Mufti Negeri Selangor. #Mais #menjunjungamanah KURSUS PEMANTAPAN PANEL PENASIHATAN AKIDAH DAN PANEL ISTITABAH 2023 KLANG, 19 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh November 19, 2023 ZIARAH MEDIA, BINA JALINAN KERJASAMA Bukit Jalil, 17 November 2023 – Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh November 17, 2023 LAWATAN MAIS KE JABATAN HAL EHWAL ISLAM NEGERI SEMBILAN DAN JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN NEGERI SEMBILAN, 15 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh November 15, 2023 MAIS GALAK ORANG RAMAI SUCIKAN HARTA ANJUR KEMPEN KESEDARAN WANG TIDAK PATUH SYARIAH SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini… Berita Penuh November 15, 2023 MAIS SERTAI MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA MENANGANI GEJALA SOSIAL PUTRAJAYA, 8 November — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah menjemput… Berita Penuh November 8, 2023 Add Your Heading Text Here