MAIS NAIB JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN SUKAN MAIS AGENSI DAN ANAK SYARIKAT
MAIS NAIB JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN SUKAN MAIS AGENSI DAN ANAK SYARIKAT
SHAH ALAM, 13 Januari- Selaku tuan rumah yang menganjurkan Kejohanan Sukan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), agensi dan anak syarikat, MAIS dinobatkan sebagai naib johan keseluruhan bagi tahun ini.
Â
Manakala Lembaga Zakat Selangor (LZS) merangkul Johan Keseluruhan dan tempat ketiga dimenangi oleh Universiti Islam Selangor (UIS).
Â
MAIS juga turut mendapat pingat gangsa bagi kategori VVIP yang dimenangi oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
Bagi sukan Explorace hari ini, pemenang keseluruhan bagi kategori wanita MAIS mendapat tempat kedua, manakala kategori lelaki mendapat tempat ketiga.
Â
MAIS juga turut merangkul emas bagi kategori Overweight Wanita dan kategori VIP lelaki serta pingat perak bagi kategori VIP wanita.
Â
Kejohanan hari ini turut dihadiri YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dan Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang.
Â
Hadir sama ialah Dato Prof Madya Dr Mohd Farid Ravi Abdullah, Anggota MAIS dan Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Anggota MAIS.
Â
MAIS mengucapkan jutaan tahniah kepada pemenang dan semua peserta yang mewakili agensi dan anak syarikat MAIS bagi kejohanan sukan pertandingan ini.
Â
Kuala Lumpur, 3 Disember-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor...
SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 3...
KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah...