MAIS TERIMA KUNJUNGAN PERSATUAN WANITA ISLAM PRIHATIN
MAIS TERIMA KUNJUNGAN PERSATUAN WANITA ISLAM PRIHATIN
SHAH ALAM, 1 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan dari Persatuan Wanita Islam Prihatin (PWIP) yang diketuai oleh Puan Sri Datin Hajah Zainun Yaacob, Penaung PWIP.
Lawatan seramai enam orang disambut mesra oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di samping memperkenalkan pertubuhan dan menjalinkan kerjasama yang bersesuaian dengan MAIS.
Antara lain Puan Mashita Abd Rahim selaku presiden PWIP berkongsi maklumat perkembangan pertubuhan yang diharapkan dapat dimanfaatkan bersama MAIS dan agensi serta anak syarikat yang berkaitan.
Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dengan PWIP.
Hadir sama dalam perbincangan ialah Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Puan Hajah Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS.
Turut terlibat Md Yusmizan Yusof, Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Encik Muhammad Zubair Azizan, Pemangku Pengurus Operasi YIDE
SHAH ALAM, 14 Januari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 16...
CERAMAH: TAKLIMAT PENGURUSAN HARTA SEBELUM DAN SELEPAS KEMATIAN DI MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR
KUALA SELANGOR, 13 DIS -.Pihak MAIS melalui unit Baitulmal Daerah...
KELANTAN – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di...
KELANTAN – Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang terjejas di...