Berita MAIS

MAIS SAMPAI TAKLIMAT KESEDARAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH AGAMA MENENGAH TENGKU AMPUAN JEMAAH, SUNGAI BESAR
SUNGAI BESAR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab telah dijemput hadir bagi menyampaikan ceramah kesedaran dalam program ‘Tajmil Ahwalana’ anjuran Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Jemaah, Sungai Besar. Seramai 400 orang pelajar-pelajar dan guru-guru hadir mengikuti perkongsian bertajuk ‘Kenapa Jalan Ini Kau Pilih’ yang disampaikan oleh Puan Nazatushima Osman, Penguasa Pusat Pemulihan Baitul Ehsan. Sambutan yang diterima amat menggalakkan kerana pelajar-pelajar memberikan komitmen sepenuhnya selain mengutarakan pelbagai soalan mengenai gejala sosial masa kini. Dalam program ini juga secara tidak langsung, MAIS dapat memberi pendedahan berkaitan Rumah Pemulihan Majlis (RPM) seperti Pusat Pemulihan Baitul Ehsan, Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman dan Rumah Pemulihan Baitul Islah & AADK. Semoga dengan perkongsian yang telah diberikan dapat memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar dalam memberikan pendedahan mengenai gejala sosial yang semakin meruncing pada masa kini. MAIS SAMPAI TAKLIMAT KESEDARAN KEPADA PELAJAR SEKOLAH AGAMA MENENGAH TENGKU AMPUAN JEMAAH, SUNGAI BESAR 25 Jun – Alhamdulillah selesai agihan fidyah Majlis Agama Islam… Berita Penuh June 27, 2023 AGIHAN FIDYAH MAIS RM26,880.00 DIAGIH KEPADA 60 PENERIMA YANG LAYAK 25 Jun – Alhamdulillah selesai agihan fidyah Majlis Agama Islam… Berita Penuh June 27, 2023 MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) TERIMA KUNJUNGAN HORMAT JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) SHAH ALAM, 22 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh June 23, 2023 HARI INI 250 KELUARGA SEKITAR DAERAH PETALING DIBANTU 22 Jun 2023 – 250 buah keluarga menerima agihan fidyah… Berita Penuh June 23, 2023 MAIS TERIMA LAWATAN DARI LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK) Klang, 20 Jun – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh June 23, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor