AGIHAN FIDYAH MAIS RM65,640.00 DIAGIH KEPADA 547 PENERIMA YANG LAYAK
24 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM65,640.00 kepada golongan penerima yang memerlukan. Terdapat 25 tempat agihan iaitu di Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam dengan jumlah 547 orang penerima barangan kotak makanan kering dengan nilai RM65,640.00 yang layak menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti Beras, Minyak Masak, Bihun, Gula, Tepung Gandum, Kicap Manis dan Susu Pekat Manis. Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) antaranya SK Puncak Alam 2,  SRA Bukit Belimbing, Maahad Tahfiz Ar-Ryqaiyyah, SK Parit 4 Sekinchan, Masjid As-Saidiah Pekan Pasir, Masjid Baitulrahman Parit 11 Ban 2, Masjid Sultan Muhammad Shah Parit 10, Masjid Panchang Bedena, Masjid Badli Shah Parit 6, Masjid Mujahiddin Pekan Bagan Terap, Masjid Tebuk Mufrad Air Tawar dan lain-lain lokasi. Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua. Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom bayar fidyah secara atas talian melalui e-MAIS. Sila klik pautan ini http://fpxv2.mais.gov.my/ SETIAUSAHA MAIS LAWAT PUSAT PENGAJIAN PONDOK BUSTANUL ARIFFIN DAN RUMAH MANGSA BANJIR, DAPATKAN STATUS TERKINI BAIK PULIH BANTING, 12 Julai – Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),… Berita Penuh July 12, 2023 QURBAN MANIFESTASI KETAATAN KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA Pada setiap tanggal 10 Dzulhijjah pada setiap tahun, semua umat… Berita Penuh July 10, 2023 PROGRAM LE TOUR PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE KG. ORANG ASLI ULU MELAKA, SERENDAH SEMPENA BULAN MUALLAF TAHUN 2023 SERENDAH, 8 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh July 10, 2023 PROGRAM LE TOUR D’MASJID – MASJID TAMAN SERI MUDA, SEK. 25, SHAH ALAM SHAH ALAM, 6 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 10, 2023 PROGRAM PENCEGAHAN MASALAH SOSIAL REMAJA “REMAJA BERWAWASAN” TAHUN 2023 2 Julai, Banting – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh July 4, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor