AWAS : HATI-HATI ANCAMAN AJARAN SESAT
AWAS : HATI-HATI ANCAMAN AJARAN SESAT
Sejak Ogos 1991 hingga 2016 hampir 42 fatwa telah dikeluarkan di Negeri Selangor mengenai ajaran sesat.
Fatwa yang dikeluarkan adalah melibatkan ciri-ciri dan penerbitan berkaitan ajaran tersebut yang didapati telah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.
Antara ajaran sesat yang telah difatwakan, adalah:
• Ajaran Millah Abraham@ Ibrahim
• Ajaran Syiah
• Kumpulan Negara Islam Indonesia (NII)
• Tarikat Al Hasanah
• Ajaran Zamree Bin Abdul Wahab
• Fahaman Wahdatul Wujud
Majlis Agama Islam Selangor bersama Jabatan Hal Ehwal Islam Selangor terutamanya Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)Â sentiasa melaksanakan pelbagai program dan aktiviti dakwah, mengadakan taklimat ke masjid-masjid dan surau dalam memberi kesedaran berkaitan ajaran sesat ini, termasuk juga melalui media sosial dan media arus perdana.
Antaranya menerbitkan video pendek dan seminar untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya Ajaran Sesat ini , bahkan juga melalui penulisan artikel seperti ;
- Mengenali Ajaran Sesat
- Mengapa Ajaran Sesat Bertentangan Dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
- Ajaran Ilmu Syahadah Zikir Nafas Difatwakan Menyeleweng
- Perangi ajaran sesat Millah Abraham
Pihak berkuasa agama di Negeri Selangor juga telah mengambil tindakan tegas dengan membawa mereka yang menjadi pengasas dan terlibat dengan ajaran tersebut kemuka pengadilan di Mahkamah Syariah.
Sebagai contoh kes Ketua Pendakwa Syarie lawan Abdul Kahar Bin Ahmad. Beliau telah didakwa atas beberapa kesalahan, iaitu:
- Seksyen 7 (1) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995Â [Enakmen Selangor No. 9 Tahun 19951995]Â iaitu kesalahan berkaitan Doktrin Palsu.
- Seksyen 8 (a) Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Dakwaan palsu.
- Seksyen 10 Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Menghina Atau Menyebabkan Dipandang Hina, dll., Agama Islam.
- Seksyen 12 Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Menghina Pihak Berkuasa Agama.
- Seksyen 13 Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Pendapat Yang Bertentangan Dengan Fatwa.
Walaupun pihak berkuasa mempunyai mekanisma dan cara tertentu untuk membenteras ajaran-ajaran sesat yang wujud, masyarakat yang mempunyai maklumat dan mengetahui tentang aktiviti-aktiviti mereka juga perlu membantu menyalurkan maklumat dan bersedia menjadi saksi sekiranya mereka dibawa kemuka pengadilan agar ajaran-ajaran sesat yang wujud dapat dibenteras dan dihapuskan sehingga ke akar umbi.
Berdasarkan peruntukan di dalam Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 terdapat beberapa peruntukan yang boleh menyebabkan seseorang yang terlibat dengan ajaran sesat, secara langsung boleh di dakwa dan dibawa kemuaka pengadilan di Mahkamah Syariah.
Begitu juga dengan mereka yang bersubahat, menyebarkan dan mengamalkan ajaran sesat tersebut serta menyimpan, menerbitkan dan mengedarkan apa-apa dokumen berkaitan ajaran sesat berkenaan.
Malah sekiranya seseorang itu dibawa kemuka pengadilan antara pendakwaan yang boleh dipertuduhkan dan hukuman yang boleh dijatuhkan sekiranya sabit kesalahan ialah:
- Didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman.
– Seksyen 7 (1) Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Doktrin Palsu - Didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
– Seksyen 8 (a) Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Dakwaan palsu
– Seksyen 10 Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Menghina Atau Menyebabkan Dipandang Hina, dll., Agama Islam - Didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya
– Seksyen 12 Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Menghina Pihak Berkuasa Agama
– Seksyen 13 Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995 iaitu kesalahan berkaitan Pendapat Yang Bertentangan Dengan Fatwa.
– Seksyen 16 Enakmen Selangor No. 9 Tahun 1995iaitu kesalahan berkaitan Penerbitan Agama Yang Bertentangan Dengan Hukum Syara
– Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen No. 1 Tahun 2003] iaitu kesalahan mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam tanpa tauliah.
Justeru itu, masyarakat perlu mempertingkatkan kefahaman dan ilmu pengetahuan tentang ajaran Islam yang sebenar dan tidak memandang ringan dengan situasi perkembangan ajaran sesat pada masa ini.
Pendahuluan Secara asasnya, Allah SWT menjadikan manusia hidup secara berpasangan...
Kedudukan raja-raja Melayu di Malaysia termaktub dalam dua buah dokumen...
Pengenalan Petua dan khurafat merupakan dua konsep yang sering dibincangkan...
Ketika dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH 370 pada 8...
Isu Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. atau...