LAWATAN MAIS KE KWSP JALIN KERJASAMA STRATEGIK
DAMANSARA, 8 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan lawatan ke Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini. Lawatan diketuai oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof (Pengerusi MAIS) disambut baik oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, Pengerusi KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP dan barisan pengurusan tertinggi KWSP. Antara lain dalam lawatan adalah bertujuan mewujudkan jalinan hubungan kerjasama yang strategik antara MAIS dan KWSP terutama dalam pengurusan harta dan kewangan umat Islam. Selain itu, pihak MAIS juga turut membentangkan bidang kuasa Baitulmal MAIS, Fatwa Hibah Selangor dan Perkhidmatan Wasiat dan Hibah MAIS yang disampaikan oleh Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS. “Semoga jalinan kerjasama strategik antara MAIS dan KWSP ini dapat diteruskan bagi membantu masyarakat khususnya umat Islam dalam merancang dan menguruskan kewangan dengan baik mengikut Hukum Syarak dan seterusnya mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku di kemudian hari,” kata Pengerusi MAIS. Tambahnya lagi, beliau mengharapkan agar hubungan baik antara MAIS dan KWSP dapat dikekalkan dalam memastikan visi dan misi bergerak seiring demi kepentingan ummah. Turut hadir dalam lawatan ialah Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS; Puan Norlaili Mohamad, Pemangku Penasihat Undang-Undang MAIS dan Encik Zaharudin Salim, Ketua Audit Dalam MAIS. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor