KURSUS FARAID DAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA LANJUTAN 2 TAHUN 2023 JAWHAR
Kuala Lumpur, 19-21 September 2023 – MAIS melalui Sektor Baitulmal telah menyertai Kursus Faraid dan Pembahagian Harta Pusaka Lanjutan 2 anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) Bahagian Baitulmal bertempat di Corus Hotel, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh peserta seramai 22 orang pegawai daripada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM). Antara objektif kursus kali ini adalah untuk memberi pendedahan secara terperinci kepada pegawai-pegawai berhubung teknik pengiraan munasakhat dalam kes pusaka yang warisnya adalah berlapis-lapis. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah jemputan yang berpengalaman luas dalam bidang faraid dan pembahagian harta pusaka iaitu YBrs. Tuan Haji Wan Abd Halim bin Wan Harun, Mantan Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Cawangan Negeri Perak. YBhg. Dato’ Selamat bin Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR telah menghadiri dan seterusnya merasmikan kursus yang diadakan selama tiga (3) hari ini yang turut disertai oleh YBrs. Encik Mohd Sabri bin Seman, Pengarah Bahagian Baitulmal, JAWHAR. MAIS yang diwakili oleh 5 orang pegawai menghadiri kursus tersebut bagi memperkukuhkan lagi ilmu berkenaan pengiraan faraid bagi memudahkan urusan dalam menjawab persoalan tang diajukan oleh masyarakat. Diharapkan segala ilmu dan latihan yang diperolehi daripada kursus ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang hadir seterusnya dapat melahirkan lebih ramai pakar ilmu faraid di kalangan pegawai MAIN dari seluruh Malaysia. #mais #menjunjungamanah #wasiat #hibah #Faraid#pengurusanhartapusaka #hartapusaka #islamicinheritancelaw #baitulmalmais BAITUL ISLAH MAIS TERIMA KUNJUNGAN JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA SERENDAH, 25 September – Pusat Pemulihan Baitul Islah MAIS berbesar… Berita Penuh September 25, 2023 PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT RIQAB BERSAMA KOMUNITI KAMPUNG JAWA KLANG, 25 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh September 25, 2023 KAUNTER PENERANGAN MAIS SEMPENA PROGRAM MINI KARNIVAL 4.0 23 September 2023- Baitulmal MAIS telah dijemput oleh Pihak Pengurusan… Berita Penuh September 23, 2023 MAIS SUMBANG RM510 RIBU KEPADA 81 PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN SHAH ALAM, 20 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh September 21, 2023 KURSUS FARAID DAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA LANJUTAN 2 TAHUN 2023 JAWHAR Kuala Lumpur, 19-21 September 2023 – MAIS melalui Sektor Baitulmal… Berita Penuh September 19, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor