PENGERUSI MAIS RASMI MALAM AGUNGNYA CINTA 2023 DAN PELANCARAN BULAN ANAK YATIM 2023, YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN
PENGERUSI MAIS RASMI MALAM AGUNGNYA CINTA 2023 DAN PELANCARAN BULAN ANAK YATIM 2023, YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN
SHAH ALAM, 17 SEPTEMBER 2023 – Yang Amat Dihormati Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah merasmikan Malam Agungnya Cinta 2023 dengan bertemakan “Mensyukuri Kebahagian Anak Yatim” sempena Pelancaran Bulan Anak Yatim tahun 2023.
Dalam majlis ini, MAIS turut menerima penghargaan daripada Yayasan Islam Darul Ehsan ( YIDE) atas sumbangan sebanyak RM25 ribu yang disalurkan bagi membantu anak-anak yatim.
YIDE juga berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM507,590.62 dan sumbangan yang diberikan oleh para penaja Rakan Korporat YIDE dan orang ramai akan dimasukkan ke dalam Tabung Dana Anak Yatim dan dana pembangunan Kompleks Asrama Anak Yatim, Pulau Indah.
Program bulan anak yatim yang dianjurkan ini menjadi titik permulaan yang baik bagi masyarakat umum dan syarikat korporat untuk terus memberikan perhatian kepada anak-anak yatim khususnya dari sudut sokongan moral seperti sokongan emosi dan sebagainya.
Malam Agungnya Cinta ini telah mengumpulkan beberapa rakan artis antaranya Ustaz Don Daniyal, PU Akram, Naim Danial, Kumpulan Nasyid UNIC dan Hijjaz.
Turut hadir ialah Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor; Tan Sri Mazlan Mansur, Pengerusi YIDE; Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS dan Encik Nur Mohd Razali Abdullah, Pengurus Besar YIDE.
Kuala Lumpur, 3 Disember-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor...
SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 3...
KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah...