Galleries

TAHNIAH PENGANJURAN PROGRAM KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN PERSATUAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-HADIS OKU PENDENGARAN SELANGOR
SHAH ALAM, 6 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berbesar hati dan mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjuran Program Kesyukuran Sempena Sambutan Ulangtahun Persatuan Pengajian Al-Quran dan Al-Hadis OKU Pendengaran Selangor (AQPS) kali pertama di sini. Majlis perasmian disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani, Anggota MAIS mewakili Pengerusi MAIS, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof. “Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih atas komitmen dan kesungguhan AQPS dalam memertabatkan pendidikan Al-Quran dan Al-Hadis yang berkualiti dan mesra OKU pendengaran. “Semoga program yang dianjurkan ini dapat menjadi salah satu wadah bagi mendidik golongan muslim OKU pendengaran mendekatkan diri kepada Allah melalui pembacaan Al-Quran dan Al-Hadis,”katanya. Dalam majlis ini, sebanyak 100 buah buku Al-Quran Al-Karim Andalusia disumbangkan oleh Tokoh Korporat Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan untuk diedarkan kepada 100 orang asnaf AQPS.AQPS adalah Persatuan Pengajian Al-Quran dan Al-Hadis OKU Pendengaran Selangor yang memberi bimbingan dan latihan kepada warga OKU pendengaran untuk menjadi tenaga pengajar Al-Quran dan Al-Hadis. Turut hadir ialah Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Md Yusmizan Yusuf, Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor (LZS). #mais #menjunjungamanah TAHNIAH PENGANJURAN PROGRAM KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN PERSATUAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-HADIS OKU PENDENGARAN SELANGOR SHAH ALAM, 6 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh August 6, 2023 TAHNIAH PENGANJURAN PROGRAM KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN PERSATUAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-HADIS OKU PENDENGARAN SELANGOR MAIS ANJURKAN PROGRAM CERAMAH GEJALA LGBT, HINDARI MASALAH GEJALA SOSIAL KLANG,… Berita Penuh August 6, 2023 PROGRAM IHTIFAL PELATIH BINA SEMANGAT JATI DIRI 78 PELATIH RUMAH PEMULIHAN MAIS PROGRAM IHTIFAL PELATIHBINA SEMANGAT JATI DIRI 78 PELATIH RUMAH PEMULIHAN… Berita Penuh August 3, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PERDANA : ASAS PENGURUSAN HARTA DALAM ISLAM 30 Julai 2023 | KhamisPihak MAIS melalui Sektor Baitulmal telah… Berita Penuh July 30, 2023 MAIS ANJUR PROGRAM MUKHAYYAM KOMUNITI DISAYANGI TAHUN 2023   HULU SELANGOR, 29 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 29, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor