TAHNIAH PENGANJURAN PROGRAM KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN PERSATUAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-HADIS OKU PENDENGARAN SELANGOR
TAHNIAH PENGANJURAN PROGRAM KESYUKURAN SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN PERSATUAN PENGAJIAN AL-QURAN DAN AL-HADIS OKU PENDENGARAN SELANGOR
SHAH ALAM, 6 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berbesar hati dan mengucapkan tahniah atas kejayaan penganjuran Program Kesyukuran Sempena Sambutan Ulangtahun Persatuan Pengajian Al-Quran dan Al-Hadis OKU Pendengaran Selangor (AQPS) kali pertama di sini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani, Anggota MAIS mewakili Pengerusi MAIS, YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof.
“Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih atas komitmen dan kesungguhan AQPS dalam memertabatkan pendidikan Al-Quran dan Al-Hadis yang berkualiti dan mesra OKU pendengaran.
“Semoga program yang dianjurkan ini dapat menjadi salah satu wadah bagi mendidik golongan muslim OKU pendengaran mendekatkan diri kepada Allah melalui pembacaan Al-Quran dan Al-Hadis,”katanya.
Dalam majlis ini, sebanyak 100 buah buku Al-Quran Al-Karim Andalusia disumbangkan oleh Tokoh Korporat Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan untuk diedarkan kepada 100 orang asnaf AQPS.
AQPS adalah Persatuan Pengajian Al-Quran dan Al-Hadis OKU Pendengaran Selangor yang memberi bimbingan dan latihan kepada warga OKU pendengaran untuk menjadi tenaga pengajar Al-Quran dan Al-Hadis.
Turut hadir ialah Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dan Md Yusmizan Yusuf, Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor (LZS).
5 OKT, PETALING-Pihak Baitulmal MAIS melalui Baitulmal Daerah Gombak &...
SHAH ALAM, 5 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
3 Okt – Alhamdulillah MAIS melalui Sektor Baitulmal telah menghadiri...
SHAH ALAM, 26 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 21 September – Sempena Bulan Rabiul Awwal 1446H...