Berita MAIS

MAIS TERIMA LAWATAN DARI JAKIM – Kongsi Pengalaman Pengurusan Rumah Pemulihan Riqab
  SERENDAH, 4 Februari  2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menerima lawatan dari Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Delegasi diketuai oleh Tuan Haji Mohd Norizan Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM, bertujuan untuk berkongsi pengalaman pengurusan rumah pemulihan riqab yang diuruskan oleh MAIS. Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Sektor Pembangunan Sosial MAIS mengalu-alukan kehadiran delegasi dari JAKIM. “Mudah-mudahan kita dapat berkongsi pengalaman dan percambahan idea bagi kebaikan bersama serta apa yang kita lakukan adalah untuk ummah”, ujar beliau. Delegasi JAKIM turut melawat sekitar Baitul Islah dan Rumah Pemulihan Riqab Astana Budi. Difahamkan, JAKIM dalam persediaan untuk pengoperasian rumah bagi pemulihan kes-kes HIV. Hadir sama mewakili MAIS ialah Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Anggota MAIS. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor