Berita MAIS

KURSUS PEMANTAPAN GURU PEMBIMBING RIQAB MAIS SIRI 1/2022
BANTING, 2 Oktober 2022 – Kursus Pemantapan Guru Pembimbing Riqab MAIS Melibatkan Pembimbing-pembimbing Kelas Asnaf Riqab telah diadakan bertempat di Villea Morib, Banting pada 30 September & 1-2 Oktober 2022. Program dilaksanakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran membimbing dan pendekatan terhadap golongan asnaf riqab. Selain Itu kursus ini juga bertujuan menambahkan  lagi ilmu bagi mendorong asnaf riqab mendalami agama dengan lebih konsisten. Program selama 3 hari 2 malam ini dikendalikan oleh Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS dan dihadiri seramai 40 orang Guru Pembimbing Riqab di seluruh Negeri Selangor. Perasmian penutup dan sesi penyerahan sijil serta hadiah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Suhaimi bin Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS. Dalam ucapannya, beliau turut memberikan kata semangat kepada para peserta yang hadir untuk memantapkan kemahiran dan terus kekal positif dalam mendepani cabaran yang mendatang sebagai pembimbing kepada setiap golongan asnaf riqab. Antara penceramah yang terlibat dalam kursus ini ialah Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Ustaz Solekhan bin Roup; Konsultan Motivasi, Exact Ventures; dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, Ustaz Mat Jais bin Kamos. KURSUS PEMANTAPAN GURU PEMBIMBING RIQAB MAIS SIRI 1/2022 Bangi, 4 Oktober 2022: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah… Berita Penuh April 18, 2023 MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor