MAIS TERIMA PENGHARGAAN DI MAJLIS APRESIASI IKIM
MAIS TERIMA PENGHARGAAN DI MAJLIS APRESIASI IKIM
Kuala Lumpur, 25 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima penghargaan dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Majlis Apresiasi IKIM 2023.
Penghargaan disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM kepada YBhg. Dr. Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS.
Antara lain semasa ucapan, Pengerusi IKIM mengucapkan terima kasih atas komitmen semua agensi kerajaan, syarikat korporat, NGO dan agensi pengiklanan yang banyak menyokong perkembangan IKIM.
“Saya mengucapkan bebanyak terima kasih atas sumbangan sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga menempatkan IKIM, di mana IKIM berada pada hari ini,” ujarnya.
Majlis dihadiri hampir 200 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan syarikat korporat.
Kuala Lumpur, 3 Disember-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor...
SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 3...
KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah...