Berita MAIS

MAIS TERIMA LAWATAN DARI JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR)
SHAH ALAM, 30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM). Delegasi seramai lima orang diketuai oleh Dato’ Selamat Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR disambut mesra oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS. Antara lain dalam lawatan adalah bertujuan untuk membentangkan draf Pelan Induk Wakaf Nasional (PIWN) 2023 -2030 bagi berkongsi aspirasi dan hala tuju kepada MAIS sebelum diangkat sembah kepada DYMM Sultan Selangor untuk pertimbangan dan perkenan Baginda. Draf PIWN 2023-2030 adalah Pelan Induk Wakaf Nasional yang dibangunkan untuk menjadi panduan dalam pengurusan wakaf yang lebih cekap di masa akan datang. Dalam perkembangan yang sama, Dato’ Ibrahim Haji Md Yusof, Pengerusi Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) turut berkongsi maklumat dan pengurusan wakaf di PWS. “Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat terutama dalam menambahbaik pengurusan wakaf di Negeri Selangor,”kata Pengerusi MAIS. Turut hadir mewakili MAIS ialah Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar dan Pengurusan) MAIS; Hajjah Norzaihan Mohd Zain, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS. Hadir sama ialah Ustaz Anuar Hamzah Tohar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS. #mais #menjunjungamanah  MAIS TERIMA LAWATAN DARI JABATAN WAKAF, ZAKAT DAN HAJI (JAWHAR) 28 November 2023, Shah Alam –Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh November 30, 2023 MESYUARAT MAIS BIL. 6/2023, TERAKHIR BAGI TAHUN 2023 28 November 2023, Shah Alam –Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh November 28, 2023 HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID TAMAN SUTERA KAJANG Kajang, 24 November 2023 – Jumaat, Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh November 24, 2023 MAIS SUMBANG RM200 RIBU KEPADA PALESTIN SHAH ALAM, 24 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh November 24, 2023 KURSUS PEMANTAPAN PANEL PENASIHATAN AKIDAH DAN PANEL ISTITABAH 2023 KLANG, 19 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh November 19, 2023 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor