ZIARAH MEDIA, BINA JALINAN KERJASAMA
ZIARAH MEDIA, BINA JALINAN KERJASAMA
Bukit Jalil, 17 November 2023 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini melalui Bahagian Komunikasi Korporat telah mengadakan program ziarah ke Radio Zayan bagi membincangkan jalinan kerjasama yang bakal diadakan pada tahun 2024.
Delegasi MAIS diketuai oleh Puan Noormala Mohd Saad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat manakala wakil daripada pihak Radio Zayan pula ialah Encik Wan Syahrul Amry Wan Mansor, Content Manager Zayan.
Dalam ziarah pada kali ini juga turut membincangkan langkah kerjasama yang boleh dibina bersama di antara MAIS dan Radio Zayan serta membina jaringan silaturrahim bersama penyampai Radio Zayan.
Delegasi turut di bawa mengunjungi konti radio di bawah kelolaan Astro Radio Sdn Bhd seperti Radio Sinar FM, Radio Era FM dan Radio Gegar FM.
Turut hadir dalam program ini Encik Ahmad Firdaus Muhammad, Penolong Pengurus Dakwah dan Pemasaran MAIS serta Encik Mohd Saifullah bin Ahmad Ismuki, Eksekutif Baitulmal MAIS.
Kuala Lumpur, 3 Disember-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor...
SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 3...
KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah...