SHAH ALAM, 8 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang diketuai oleh Puan Sharifatul Hanizah Said Ali, Pengarah Eksekutif Pasaran Modal Islam Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Lawatan seramai lima orang disambut mesra oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS bertujuan untuk membincangkan kerjasama strategik terutama yang melibatkan pasaran modal Islam dan wakaf di samping untuk mengeratkan hubungan silaturrahim.Antara lain pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia berkongsi maklumat berkaitan perkembangan pasaran modal Islam yang diharapkan dapat dimanfaatkan bersama MAIS dan agensi serta anak syarikat yang berkaitan. Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Hadir sama dalam perbincangan ialah Encik Rohaizul Mohamed Khalil, Pengarah Kewangan MAIS; Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS; Encik Zaharudin Salim, Ketua Audit Dalam MAIS dan Puan Hajah Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS. Turut terlibat dalam perbincangan ialah wakil dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Perbadanan Wakaf Selangor(PWS). #mais #menjunjungamanah MAIS TERIMA KUNJUNGAN SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA SHAH ALAM, 5 Februari 2024 – Pusat Informasi Islam MAIS… Berita Penuh February 8, 2024 PUSAT INFORMASI ISLAM MAIS (PIIM) TERIMA KUNJUNGAN LAWATAN PENANDA ARAS JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) SHAH ALAM, 5 Februari 2024 – Pusat Informasi Islam MAIS… Berita Penuh February 5, 2024 BENGKEL PEMURNIAN MODUL PELAKSANAAN ISTITABAH LUAR PUSAT BIL.1/2024 KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan… Berita Penuh February 4, 2024 PROGRAM PEMANTAPAN SAHSIAH DIRI KOMUNITI DISAYANGI Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Riqab menganjurkan… Berita Penuh February 2, 2024 MAIS TERIMA KUNJUNGAN PERSATUAN WANITA ISLAM PRIHATIN SHAH ALAM, 1 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 1, 2024 Add Your Heading Text Here