KAUNTER PENERANGAN BAITULMAL MAIS SEMPENA KARNIVAL JOM KE MASJID ANJURAN MASJID KAPAR 2
KAUNTER PENERANGAN BAITULMAL MAIS SEMPENA KARNIVAL JOM KE MASJID ANJURAN MASJID KAPAR 2
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan Masjid Kapar 2 di atas jemputan membuka kaunter penerangan MAIS bersempena Karnival Jom ke Masjid yang diadakan pada 28 Januari.
Alhamdulillah kaunter penerangan MAIS dibuka dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli kariah yang hadir. Turut hadir memeriahkan program ialah agensi kerajaan dan swasta.
Semoga dengan perkongsian tersebut dapat memberi maklumat kepada pengunjung yang hadir berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor.
Rancang dan urus pembahagian harta anda bersama kami di Baitulmal MAIS. Sila layari pautan dibawah untuk permohonan wasiat atau hibah dengan lebih mudah dan pantas secara atas talian:
SHAH ALAM 20 April-YAD Senator Dato Setia Haji Salehuddin bin...
Shah Alam, 19 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SERENDAH, 18 April – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama...
SHAH ALAM, 15 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Putra Heights – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini...