Berita MAIS

MAIS TERIMA KUNJUNGAN YAYASAN DIGITAL MALAYSIA
SHAH ALAM, 21 Mac– Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kunjungan dari Yayasan Digital Malaysia (YDM) yang diketuai oleh Encik Ahmad Faizal Zulkipli, Ketua Pegawai Operasi YDM. Lawatan seramai tiga orang disambut mesra oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di samping memperkenalkan pertubuhan dan menjalinkan kerjasama yang bersesuaian dengan MAIS. Antara lain Encik Ahmad Faizal berkongsi maklumat perkembangan pertubuhan yang diharapkan dapat dimanfaatkan bersama MAIS dan agensi serta anak syarikat yang berkaitan.Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dengan YDM. Hadir sama mewakili MAIS ialah Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar & Pengurusan) MAIS; Encik Zaharuddin Kadiron, Pengarah Teknologi Maklumat MAIS dan wakil pegawai Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). #mais #menjunjungamanah  MAIS TERIMA KUNJUNGAN YAYASAN DIGITAL MALAYSIA SHAH ALAM, 21 Mac– Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari… Berita Penuh March 21, 2024 MAIS AGIH 1500 BUBUR LAMBUK SHAH ALAM — Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengagihkan juadah… Berita Penuh March 21, 2024 AGIHAN FIDYAH MAIS TAHUN 2024 BERJUMLAH RM95,890.00 DIAGIH KEPADA 430 PENERIMA YANG LAYAK 20 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan… Berita Penuh March 20, 2024 JEMPUTAN CERAMAH PROGRAM IHYA RAMADAN ANJURAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR SHAH ALAM, 19 MAC – MAIS melalui Sektor Baitulmal telah… Berita Penuh March 19, 2024 MAJLIS IFTAR RUMAH PEMULIHAN RIQAB MAIS DAERAH HULU SELANGOR HULU SELANGOR, 19 Mac – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh March 19, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor