Berita MAIS

BAITUL EHSAN MAIS TERIMA LAWATAN KERJA KEBAJIKAN, KESEJAHTERAAN WANITA DAN PEMBANGUNAN KELUARGA, MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
Sabak Bernam, 8 Septembe–Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan kerja daripada Jawatankuasa Kebajikan, Kesejahteraan Wanita dan Pembangunan Keluarga ( JKKWPK) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) pada 7 September. Deligasi diketuai oleh Puan Rohaizam binti Abd Rahim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Undang-undang keluarga Islam, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) bertujuan ingin bertukar-tukar pandangan dan input berkenaan penubuhan pusat perlindungan yang telah dilaksanakan oleh pihak MAIS. Selain itu, banyak sesi soal jawab berkaitan tempoh pemulihan, pendidikan pelatih dan program-program pemulihan yang dilaksanakan di Baitul Ehsan. Pihak MAIS diketuai oleh Ustsz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial mengalukan kehadiran deligasi dan sesi taklimat berkaitan Baitul Ehsan telah disampaikan oleh Puan Nazatushima Osman, Penguasa Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan.Deligasi seramai 15 orang itu turut melawat di sekitar Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan yang terletak di Sabak Bernam, Selangor. Turut hadir bersama Dr. azura binti Abdullah, Pengarah LPPKN Negeri Pulau Pinang, En. Anas Harithah bin Ahmad, JKM Pulau Pinang. #MAIS #menjunjungamanah #Bulanpembebasanalriqab BAITUL EHSAN MAIS TERIMA LAWATAN KERJA KEBAJIKAN, KESEJAHTERAAN WANITA DAN PEMBANGUNAN KELUARGA, MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG Sabak Bernam, 8 Septembe–Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Majlis Agama… Berita Penuh September 8, 2023 MAIS TERIMA LAWATAN MAINPP Shah Alam, 7 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh September 7, 2023 JEMPUTAN PERKONGSIAN HASIL BARU TERIMAAN BAITULMAL MAIS OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH 4 SEPT – Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal telah dijemput… Berita Penuh September 4, 2023 KAUNTER PENERANGAN BAITULMAL MAIS DI MASJID AL HUSNA 01 September 2023- Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal merakamkan ucapan… Berita Penuh September 1, 2023 BAITULMAL MAIS SAMPAIKAN TAZKIRAH JUMAAT KEPENTINGAN PEMBAHAGIAN PUSAKA 01 September 2023 – Baitulmal MAIS meneruskan meneruskan aktiviti dakwah… Berita Penuh September 1, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor