PENDAFTARAN SYAHADAH ITU MUDAH
  KLANG 3 Januari 2022 – Alhamdulillah minggu pertama di tahun baru, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima kehadiran Puan Inna Anak Dollah daripada masyarakat Orang Asli Suku Mahmeri bagi melafazkan kalimah syahadah dan membuat pendaftaran pengIslaman. Syukur ke hadrat illahi, urusan pengIslaman yang dibuat di Bahagian Pendaftaran Muallaf dan PIBK, Kompleks MAIS, Klang disegerakan dengan mudah. Puan Inna merupakan ibu mertua kepada salah seorang pegawai MAIS. Anak-anak beliau yang telah lama memeluk agama Islam menjadi salah satu faktor utama dorongan untuk beliau memilih Islam sebagai agama kehidupannya. Salah seorang anaknya merupakan kakitangan di Lembaga Zakat Selangor (LZS). Beliau telah memilih nama Siti Aminah Inna binti Dolah sebagai nama barunya sebagai seorang muslimah. Sama-sama kita mendoakan agar Puan Siti Aminah Inna binti Dolah diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dalam mempelajari Islam dan istiqomah dalam Islam hingga ke akhir hayatnya. Mudah sebenarnya urusan melafaz syahadah. Untuk maklumat lanjut berkaitan pengurusan pendaftaran pengIslaman bolehlah melayari laman sesawang rasmi MAIS di www.mais.gov.my. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor