MANGSA BANJIR TERUS DISANTUNI – Sumbang 100 set toto dan selimut

MANGSA BANJIR TERUS DISANTUNI – Sumbang 100 set toto dan selimut

1 3

 

KAPAR 1 Januari 2022- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terus menyantuni mangsa banjir dengan menyerahkan sumbangan toto dan selimut sebanyak 100 set.

Sumbangan disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS kepada Ustaz Muhamad Rafie Rahman, wakil PERKIM Kapar.

Alhamdulillah, sumbangan terus diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir sekitar Kampung Perepat dan Sementa Klang.

Hadir sama ialah Ustaz Mohamad Razif Ibrahim Muniandy, Pengerusi Perkim Cawangan Kapar dan Ustaz Mohamad Raihan Ibrahim

Setiausaha Perkim Kapar.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor