MAIS AGIH RM58,200.00 FIDYAH KEPADA 485 PENERIMA YANG LAYAK
SHAH ALAM, 16 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan fidyah berjumlah RM58,200.00 kepada golongan penerima yang memerlukan. Sebanyak 20 tempat telah menerima sumbangan meliputi Daerah Petaling, Klang dan Kuala Selangor. Seramai 485 orang telah menerima barangan berbentuk pek makanan kering iaitu  beras, minyak masak, bihun, gula, tepung gandum, kicap manis dan susu pekat manis. Agihan fidyah ini disalurkan menerusi Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) antaranya SK Batu 9 Jalan Bomba Tanjong Karang, Masjid Asy-Syakirin Taman Puchong Utama, Kolej Islam Sultan Alam Shah, SK Pelabuhan Klang, SK Sg. Udang dan lain-lain lokasi. Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua. Kepada anda yang masih belum sempat menunaikan kewajipan membayar fidyah. Jom selesaikan segera bayaran fidyah secara atas talian melalui e-MAIS. Sila klik pautan ini http://fpxv2.mais.gov.my/ SETIAUSAHA MAIS LAWAT PUSAT PENGAJIAN PONDOK BUSTANUL ARIFFIN DAN RUMAH MANGSA BANJIR, DAPATKAN STATUS TERKINI BAIK PULIH BANTING, 12 Julai – Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),… Berita Penuh July 12, 2023 QURBAN MANIFESTASI KETAATAN KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA Pada setiap tanggal 10 Dzulhijjah pada setiap tahun, semua umat… Berita Penuh July 10, 2023 PROGRAM LE TOUR PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE KG. ORANG ASLI ULU MELAKA, SERENDAH SEMPENA BULAN MUALLAF TAHUN 2023 SERENDAH, 8 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh July 10, 2023 PROGRAM LE TOUR D’MASJID – MASJID TAMAN SERI MUDA, SEK. 25, SHAH ALAM SHAH ALAM, 6 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 10, 2023 PROGRAM PENCEGAHAN MASALAH SOSIAL REMAJA “REMAJA BERWAWASAN” TAHUN 2023 2 Julai, Banting – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh July 4, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor