Shah Alam – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya di sini pada 20 September 2024. Delegasi seramai enam orang diketuai oleh Tuan Nik Yusaimi Yussof, Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan, KDN disambut mesra oleh Dr Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS bertujuan membincangkan peluang kerjasama strategik dengan MAIS dalam penguatkuasaan percetakan Al-Quran. Selain itu, lawatan ini juga membincangkan permohonan penambahan Penurunan Kuasa di bawah Peruntukan Seksyen 17 (1) dan Seksyen 17 (2) Akta Percetakan Teks Al-Quran 1986 (Akta 326) KDN. Turut hadir mewakili MAIS ialah Tuan Zainor Rashid Hassin, Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Pendakwaan Syariah Selangor; Puan Norlaili Mohamad, Penasihat Undang-Undang MAIS; Puan Hajah Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS dan wakil Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, Jabatan Mufti Selangor serta Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (RND) JAIS. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan baik di antara MAIS dan KDN. #mais #menjunjungamanah MAIS SAMPAI TAKLIMAT DAN BACAAN PERATURAN TAULIAH PENGAJARAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) – Copy SHAH ALAM, 10 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh September 23, 2024 MAIS TERIMA LAWATAN DARI KEMENTERIAN DALAM NEGERI SHAH ALAM, 10 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh September 20, 2024 MAIS DAN PNSB KONGSI PENGALAMAN PEMBANGUNAN HARTANAH DI NEGERI SELANGOR SHAH ALAM, 11 September-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengadakan kunjungan… Berita Penuh September 11, 2024 MAIS BUKA KLINIK GUAMAN SYARIE SEMPENA PROGRAM INTERNATIONAL CONFERENCE ON FAMILY LAW, THE EMPOWERMENT OF CHILD MAINTENANCE 2024 SHAH ALAM, 4 September – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh September 4, 2024 PROGRAM IHTIFAL PERDANA ASNAF RIQAB, BINA SAHSIAH JATI DIRI 300 PELATIH RUMAH PEMULIHAN RIQAB MAIS Hulu Yam Baru, 29 Ogos – Biarpun mereka merupakan pelatih… Berita Penuh August 29, 2024 Add Your Heading Text Here