EKSPLOITASI MEDIA SOSIAL DALAM PERLAKUAN JENAYAH SYARIAH
EKSPLOITASI MEDIA SOSIAL DALAM PERLAKUAN JENAYAH SYARIAH
Media sosial telah menjadi satu platform atau medium yang mudah digunakan serta mesra pengguna untuk sesiapa sahaja berkomunikasi dan menyampaikan maklumat kepada pelbagai kategori pengguna yang mempunyai akses kepada internet.
Teknologi dan media menjadi sarana penting dalam menyebarluaskan maklumat dan mendidik masyarakat tentang isu-isu yang berkaitan sama ada daripada aspek ekonomi, politik dan agama.
Penggunaan media secara berterusan dapat memberi kesan kepada masyarakat, samada positif mahupun negatif.
Media sosial telah mendapat perhatian setiap peringkat umur dalam masyarakat seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin maju.
Golongan remaja khususnya melihat media sosial sebagai satu trend terkini bagi mengisi aktiviti pada waktu lapang di samping bersosial di alam maya.
Penggunaan media sosial yang meluas dapat memberikan manfaat dan pada masa yang sama ia juga boleh memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat.
Menurut Tariq & Mattoo mengklasifikasikan media sosial kepada empat kategori iaitu rangkaian talian dan ekosistem (online networks and ecosystem) seperti
Selain itu, penerbitan dalam talian (online publications) seperti
- YouTube
- Flickers
- RSS
- SlideShare
Terdapat juga kategori media sosial yang menjadi platform kolaborasi secara dalam talian (online collaboration platforms) seperti
- MediaWiki
- Blog
Kategori media sosial yang lain ialah sistem berasaskan maklum balas dalam talian (online-based feedback system) untuk tujuan interaksi, mengemukakan ulasan, kaji selidik dan lain-lain.
Ini juga memberi ruang dan peluang kepada sesebuah organisasi untuk menjadikannya sebagai satu medium penting untuk membina dan memperbaiki hubungan dengan pengguna.
Media sosial ini juga banyak mendatangkan pelbagai manfaat bukan sahaja dari aspek sistem penyampaian maklumat, malah ia dapat mempertingkatkan perkhidmatan sesebuah organisasi kepada pengguna dengan lebih baik, menambahbaik interaksi dengan pemegang taruh, akses kepada maklumat yang lebih luas dan pengurusan maklumat organisasi menjadi lebih cekap.
Ia juga merupakan sebahagian daripada keperluan masyarakat masa kini bagi membolehkan masyarakat menyampaikan informasi.
Internet juga dapat menghimpun sumber daya dan maklumat sehingga mampu menjangkau dunia.
Tidak dinafikan bahawa terdapat banyak kebaikan yang boleh didapati oleh pengguna-pengguna internet melalui media sosial.
Antara kebaikan yang boleh didapati daripada media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter adalah ia boleh dijadikan sebagai medan untuk perkongsian ilmu atau maklumat yang bermanfaat dan menjadi suatu kelebihan kepada pengguna-pengguna media sosial untuk bertukar-tukar pendapat.
Ini dapat dilihat apabila kebanyakan surat khabar utama negara seperti Berita Harian, Utusan, Harian Metro, The New Straits Times dan sebagainya mempunyai akaun Facebook, Twitter dan lain-lain yang digunakan untuk menyampaikan berita kepada para pembaca secara dalam talian.
Seterusnya, ia adalah untuk memudahkan urusan seharian pengguna-pengguna media sosial apabila kebanyakan urusniaga sama ada pembelian barangan atau urusan perbankan dapat diuruskan melalui dalam talian.
Namun begitu, walaupun terdapat pelbagai kesan positif yang dapat diambil daripada media sosial ini, media sosial juga seringkali dieksploitasi dalam perlakuan jenayah termasuk jenayah Syariah juga.
Contoh paling banyak kita dapat lihat adalah dalam hal ehwal perkahwinan. Eksploitasi media sosial dalam hal ehwal perkahwinan ini terjadi apabila media sosial ini disalah gunakan oleh individu untuk mencari kawan ketika bosan ataupun peneman sementara walhal sudah bersuami ataupun beristeri.
Sumber imej: https://medium.com/ Usaha-usaha mengembangkan ajaran Islam pada hari ini...
Sumber imej: https://www.ppsignature.com/ Perkahwinan adalah satu ikatan melalui akad nikah...
Sumber imej: Faiz Zaki/Shutterstock Kemerdekaan merupakan salah satu nikmat Allah...
Sumber imej: Ai Azimat atau tangkal merupakan sesuatu benda yang dipercayai memberikan tuah...
Taubat itu bermaksud kembali daripada apa yang tercela di sisi...