MODUS OPERANDI MILLAH IBRAHIM
MODUS OPERANDI MILLAH IBRAHIM
PENDAHULUAN
Asal usul Millah Abraham@Ibrahim dikaitkan dengan rangkaian Gerakan Pemuda Kahfi di Bogor, Indonesia yang diteraju oleh Ahmad Musodiq.
Selain itu, Millah Abraham @ Ibrahim dipercayai berpusat di Cilimus Kuningan, Kota Cirebon, di Jawa Barat Indonesia yang diketuai oleh Zubaedi Djawahir.
Millah Abraham@Ibrahim merupakan ajaran yang difatwakan menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.
Fatwa diwartakan pada 17 Sep 2015 telah menegaskan beberapa perkara berikut:
- Konsep Nubuwwah yang wajib diyakini ialah konsep Nubuwwah ini diteruskan oleh mana-mana inidividu yang dipilih untuk menyebarluaskan ajaran Islam.
- Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW telah berakhir sejak kejatuhan kerajaan Islam dan diganti dengan agama baru iaitu Millah Abraham@Ibrahim.
- Menggelar mereka yang tidak mengikuti ajaran Millah Abraham@Ibrahim sebagai sesat, kafir dan syirik serta wajib bertaubat dengan ajaran Millah Abraham@Ibrahim.
- Sesiapa yang menuduh kumpulan Millah Abraham@Ibrahim sebagai sesat telah memperbodohkan diri mereka sendiri.
- Menuduh ulama muktabar sebagai sesat.
- Menafikan kefardhuan solat lima waktu dan solat jumaat.
- Mewajibkan bai’ah dan berpegang dengan bai’ah.
- Terlalu taksub dengan dakyah mereka sehingga sanggup membuang keluarga, ibu bapa, isteri dan lain-lain hanya kerana tidak mengikut Millah Abraham@Ibrahim ini.
- Menggabungkan kitab suci tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.
- Tidak makan sembelihan daging orang Islam.
- Mensasarkan golongan muda sebagai wadah untuk dakyah yang dibawa.
- Mempunyai unsur militan yang sesat dan membahayakan.
- Bersembahyang melalui penyampaian makna dalam Bahasa Melayu
- Tidak berpegang kepada Hadis Nabi SAW.
Â
MODUS OPERANDI DAN STRATEGI
Baru-baru ini, ajaran sesat ini turut mengambil kesempatan meluaskan propaganda melalui media sosial seperti kelas al-Quran secara dalam talian.
Justeru itu, pergerakan tersembunyi ajaran Millah Abraham@Ibrahim menerusi modus operandi secara aktif yang berstrategi merupakan suatu ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam.
Terdapat beberapa strategi dan modus operandi yang digunapakai seperti berikut:
Strategi Pertama: Indoktrinasi Ahli
Gerakan Millah Abraham@Ibrahim menanam doktrin-doktrin dalam kalangan pengikut dan pemimpin mereka bagi mengukuhkan pegangan dan pemikiran seperti yang berikut:
- Indoktrinasi Fasa Perubahan Sistem
- Dakwah secara al-sirr iaitu sembunyi yang terancang.
- Dakwah secara al-jahr iaitu terang-terangan.
- Fasa Hijrah dan Yaumul Fath iaitu Hari Pembukaan.
- Fasa Jihad Qital iaitu peperangan.
- Fasa menubuhkan pemerintahan sendiri.
- Fasa Penubuhan Daulah iaitu Negara, mewujudkan wilayah yang bebas dari aspek pentadbiran dan penguasaan.
- Indoktrinasi Sistem & Disiplin Ahli
- Membina hubungan rapat antara ahli baru dan ahli lama.
- Memantau rapat ahli mengikuti setiap pengajian dan propaganda.
- Menggunakan kod rahsia sebagai identiti setiap ahli.
- Menggubal silibus pengajian berperingkat bagi setiap tahap dalam sistem ahli.
- Menutupi silibus daripada diketahui umum ketika pergi dan balik dari pengajian.
- Merahsiakan setiap keahlian.
- Menyembunyikan susunan heiraki.
- Melindungi maklumat pimpinan.
- Melantik pedamping yang kompeten sebagai wakil rasul iaitu penyampai untuk ahli baru.
- Mengenakan bayaran wang taubat.
- Menuntut bayaran wang pengajian.
- Menetapkan bayaran wang untuk tujuan penubuhan daulah.
- Meletakkan bayaran wang melawat negara Islam.
- Melafazkan aku janji iaitu bai’ah sebagai janji setia ahli kepada pimpinan utama.
- Menggariskan tuntutan cerai bagi pasangan yang tidak menyertai gerakan.
- Memberi amaran bagi ahli yang melanggar aku janji iaitu bai’ah.
- Menyediakan ganjaran bagi ahli yang setia dengan aku janji iaitu bai’ah.
Strategi Kedua: Propaganda
Pendahuluan Secara asasnya, Allah SWT menjadikan manusia hidup secara berpasangan...
Kedudukan raja-raja Melayu di Malaysia termaktub dalam dua buah dokumen...
Pengenalan Petua dan khurafat merupakan dua konsep yang sering dibincangkan...
Ketika dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH 370 pada 8...
Isu Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. atau...