Galleries

MAIS TERIMA LAWATAN DARI JABATAN BANTUAN GUAMAN MALAYSIA (JBGM)
SHAH ALAM, 10 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Jabatan Bantuan Guaman Malaysia (JBGM). Delegasi seramai tujuh orang diketuai oleh Dato’ Wan Jeffry Kasim, Ketua Pengarah JBGM disambut mesra oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS. Antara lain dalam lawatan adalah bertujuan mewujudkan cadangan kolaborasi antara JBGM dan MAIS terutama bagi menambahbaik penyampaian perkhidmatan bantuan guaman di Negeri Selangor dalam pengendalian kes-kes syariah. Dalam perkembangan yang sama, Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal MAIS turut berkongsi maklumat pengurusan wasiat dan hibah MAIS kepada delegasi JBGM. “Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat terutama dalam menambahbaik penyampaian perkhidmatan bantuan guaman kepada masyarakat amnya,”kata Pengerusi MAIS. Turut hadir mewakili MAIS ialah Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS dan Puan Norlaili Mohamad, Pemangku Penasihat Undang-Undang MAIS. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor