Galleries

PENGERUSI MAIS RASMI KARNIVAL FITRAH ORANG ASLI DAN KARNIVAL FITRAH KASIH
SEPANG, 10 Julai – Pengerusi MAIS, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof telah merasmikan program Karnival Fitrah Murid Orang Asli (KAFOA) dan Karnival Fitrah Kasih Murid Sekolah Jenis Kebangsaan (KAFIKA) Peringkat Negeri Selangor di sini hari ini. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor merupakan kerjasama di antara Pejabat Pendidikan Daerah Sepang dan Maahad Tahfiz Kiblah Kg Jenderam Hulu, Sepang. Program yang diadakan merupakan pertandingan keagamaan untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar sekolah dalam melahirkan generasi yang berilmu yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Pertandingan ini melibatkan seramai 111 orang peserta dikalangan pelajar-pelajar orang asli dan pelajar-pelajar muslim di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Antara acara yang dipertandingkan ialah Tilawah Al-Quran, Hafazan Al-Quran, Daie Cilik, Azan dan Iqamah serta Acara Nasyid. Pengerusi MAIS dalam ucapannya berkata, beliau berharap agar murid-murid sekolah dapat mengamalkan dan menghayati Islam secara addin dan seterusnya menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Turut hadir ialah Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) & Pengerusi Kumpulan Pendidikan Kiblah dan Tuan Haji Shopuan Anuar Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Selangor mewakili Pengarah Pendidikan JPN Selangor. MAIS LANCAR KAD HIBAH SHAH ALAM, 17 Julai-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini… Berita Penuh July 17, 2024 PENGERUSI MAIS RASMI KARNIVAL FITRAH ORANG ASLI DAN KARNIVAL FITRAH KASIH HULU SELANGOR, 9 Julai – Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal… Berita Penuh July 10, 2024 KHIDMAT KAUNTER BAITULMAL MAIS DI PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR HULU SELANGOR, 9 Julai – Pihak MAIS melalui Sektor Baitulmal… Berita Penuh July 9, 2024 BAITUL IMAN MAIS TERIMA LAWATAN PESERTA MUZAKARAH ZAKAT NUSANTARA KALI KE-2 TAHUN 2024 Hulu Selangor, 4 Julai – Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman,… Berita Penuh July 4, 2024 AGIHAN FIDYAH MAIS TAHUN 2024 BERJUMLAH RM52,182.00 DIAGIH KEPADA 234 PENERIMA YANG LAYAK 4 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan… Berita Penuh July 4, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor