Galleries

PROGRAM PENGHAYATAN ISLAM KOMUNITI DISAYANGI ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB
KLANG, 21 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al Riqab telah menganjurkan Program Pencegahan Penghayatan Islam Komuniti Disayangi  Bahagian Pemulihan Al Riqab bermula pada 19-21 Mei 2023. Program ini dijalankan bagi membina jalinan ukhwah di antara pertubuhan-pertubuhan dalam Komuniti. Selain Itu, program ini juga bertujuan membina medium untuk pertubuhan komuniti yang disayangi untuk diterapkan dengan nilai-nilai Islam selaras dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Program ini telah dihadiri oleh seramai 35 orang peserta. Antara Penceramah program ini adalah Ustaz Mohd Yasser Abd Ghani, Ketua Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS , Ustaz Ghaffar Abd Ghani, Penolong Pengurus Kesetiausahaan dan Imam Muda Ammar Wan Harun, Pendakwah Bebas. Perasmian penutup disempurnakan oleh Ustaz Mohd Ezzam Zaharin, Ketua Unit Prihatin Bahagian Pemulihan Ar Riqab MAIS. Dalam ucapannya, beliau turut memberikan kata-kata semangat kepada para peserta dan berharap agar remaja memperolehi sekurang-kurangnya dua daripada sepuluh ilmu baru yang dicurahkan daripada program ini. Beliau juga berharap agar semua peserta terus berusaha ke arah perubahan selaras dengan ajaran Islam yang sebenar. Para peserta rata-ratanya berpuas hati dengan pengisian program ini dan berharap agar lebih banyak lagi program seperti ini diadakan. PROGRAM PENGHAYATAN ISLAM KOMUNITI DISAYANGI ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB KLANG, 21 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh May 29, 2023 21 PELAJAR UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MAULANA MALIK IBRAHIM MALANG, INDONESIA TIMBA PENGALAMAN DI MAIS SHAH ALAM, 25 Mei – Seramai 21 pelajar dari Fakulti… Berita Penuh May 26, 2023 PENGERUSI MAIS RASMI SEMINAR AL-QURAN & AL-QIRAAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 SHAH ALAM, 25 Mei 2023 – Pengerusi MAIS, Tan Sri… Berita Penuh May 26, 2023 MAIS JALANI PROSES AUDITAN MS ISO 90012015 DAN MS 19002014 OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD SHAH ALAM, 23 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 26, 2023 MAIS TERIMA PENGHARGAAN DI MAJLIS APRESIASI IKIM Kuala Lumpur, 25 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 26, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor