SHAH ALAM, 1 September – Dalam usaha menangani masalah sosial, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyantuni 2,529 golongan asnaf riqab di Negeri Selangor melalui bimbingan dan bantuan kebajikan bagi golongan terbabit. MAIS memperuntukkan sebanyak RM 21.2 juta dari peruntukan zakat asnaf riqab untuk tahun ini bagi membantu dan membimbing golongan terbabit yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan dan pencegahan selain pelbagai bantuan lain supaya mereka kembali ke pangkal jalan. Asnaf riqab merupakan seseorang yang terbelenggu dengan masalah sosial dan masalah aqidah seperti penagihan dadah, sumbang mahram, persetubuhan haram dan orang Islam yang terpesong agamanya. Bagi memberi peluang umat Islam mendekati golongan asnaf riqab, MAIS mengambil inisiatif menganjurkan Kempen Bulan Pembebasan Ar-Riqab bermula 1 September sehingga 30 September 2022. Pelancaran Kempen Bulan Pembebasan Ar-Riqab hari ini disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Hashim Meon, Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS dalam Forum Riqab: “Merdekakan Diri” di sini hari ini. Pelbagai program dan aktiviti yang dirangka antaranya ialah Forum Riqab, Ceramah Kesedaran Kesihatan, Program Bimbingan Asnaf Riqab dan pelbagai program secara fizikal dan secara online. Sebagai pihak berkuasa utama dalam pengurusan hal ehwal Islam di Negeri Selangor, adalah menjadi tanggungjawab MAIS dalam melaksanakan program-program kesedaran melibatkan masalah sosial, aqidah dan kesihatan mental. MAIS berharap, penganjuran kempen ini dapat menyediakan ruang dan informasi kepada umat Islam agar dapat mengenali asnaf riqab dengan lebih dekat serta cakna dengan masalah kesihatan dan gejala sosial yang berlaku kini. Umat Islam yang ingin mendapatkan informasi lanjut berhubung aktiviti kempen ini bolehlah mengikuti perkembangan di platform media sosial MAIS dan laman sesawang rasmi di www.mais.gov.my. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023