Berita MAIS

PROGRAM BUAL BICARA SANTAI MUALLAF - MASJID AS-SALAM PUCHONG PERDANA
29 Julai 2022 – Program Bual Bicara Santai Muallaf telah diadakan di Masjid As-Salam Puchong Perdana yang merupakan Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) MAIS bersempena dengan majlis sambutan Maal Hijrah dan Anugerah Kecemerlangan Surau-Surau Masjid As-Salam. Program bual bicara tersebut menampilkan ahli panel iaitu Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial dan moderator oleh Ustaz Mohd Bakhtiar Suratman, Eksekutif Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS. Topik utama yang dibicarakan ialah mengenai Kelestarian Pengurusan Muallaf di Negeri Selangor serta peranan dan tanggungjawab masyarakat. Sementara itu, Ustaz Mohammad Nor Salami Hj Masri, Pengurus Masjid As-Salam dalam ucapannya berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak MAIS kerana memilih masjid As-Salam untuk program bual bicara sempena majlis sambutan Maal Hijrah 1444H. Beliau juga menyeru kepada pengerusi-pengerusi surau yang turut hadir untuk sama-sama mengambil cakna terhadap isu serta permasalahan muallaf di kawasan masing-masing. Tambah beliau, adalah menjadi tanggungjawab kita masyarakat Islam untuk menyantuni mereka dengan melihatkan keindahan Islam melalui sikap kita. Dengan demikian akan dapat menyekat segelintir dari mereka yang berputus asa dan ingin berpatah balik ke kehidupan asal mereka. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ustaz Mohamad Khair bin Zainal, Penolong Pengarah Kanan Unit Kariah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS yang juga sebagai perasmi majlis tersebut. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor