Berita MAIS

PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN SIRI 3/2023 KEPADA PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN DI BAWAH MAIS
Shah Alam – Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, MAIS menganjurkan program Tafaqquh Fiddin Siri Ke 3/2023 kepada pegawai-pegawai yang bertanggungjawab menguruskan pengislaman di Pusat Pengurusan Pengislaman sebanyak 39 buah yang terdiri daripada Baitulmal Daerah, Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) dan masjid sebanyak 10 siri bermula 18 Mac 2023 yang lalu. Program dilaksanakan pada setiap bulan dengan membincangkan beberapa tajuk berbeza yang memfokuskan kepada fiqh pengurusan Muallaf. Antara objektif program ini adalah untuk mengupas dan membincangkan beberapa isu kontemporari berkaitan dengan muallaf. Selain itu, program ini juga dapat menyatukan hati, pemikiran dan matlamat utama di kalangan pegawai dari PPP dalam pengurusan muallaf di negeri Selangor. Pengisian program tafaqquh fiddin disampaikan oleh Ustaz Anuar  bin Puteh, Pensyarah Kanan dari Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuk Tafaqquh Fiddin berkaitan Muallaf Dan Akidah yang membincangkan berkaitan Manhaj Akidah yang bersesuaian dengan muallaf, cabaran muallaf dalam memahami nas al-Quran dan hadis termasuk penekanan ilmu akidah dalam proses pembelajaran kepada muallaf dan akidah yang sohih. Seramai 40 orang daripada PPP yang menyertai program ini. Kehadiran pegawai di PPP amatlah penting untuk membantu pihak MAIS dalam menyantuni muallaf semasa proses awal pengislaman mereka. PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN SIRI 3/2023 KEPADA PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN DI BAWAH MAIS KLANG, 21 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh May 29, 2023 PROGRAM PENGHAYATAN ISLAM KOMUNITI DISAYANGI ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB KLANG, 21 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh May 29, 2023 21 PELAJAR UNIVERSITAS ISLAM NEGERI MAULANA MALIK IBRAHIM MALANG, INDONESIA TIMBA PENGALAMAN DI MAIS SHAH ALAM, 25 Mei – Seramai 21 pelajar dari Fakulti… Berita Penuh May 26, 2023 PENGERUSI MAIS RASMI SEMINAR AL-QURAN & AL-QIRAAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 SHAH ALAM, 25 Mei 2023 – Pengerusi MAIS, Tan Sri… Berita Penuh May 26, 2023 MAIS JALANI PROSES AUDITAN MS ISO 90012015 DAN MS 19002014 OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD SHAH ALAM, 23 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 26, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor