Berita MAIS

MAIS TERIMA LAWATAN DARI JAIPk
SHAH ALAM, 23 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima kunjungan dari Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk)yang diketuai oleh Tuan Haji Zakaria Abdul Razak, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah JAIPk. Lawatan seramai 25 orang pegawai JAIPk disambut mesra oleh Puan Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAIS. Lawatan bertujuan untuk mendapatkan maklumat berhubung pengurusan pendaftaran muallaf termasuk pelaksanaan pendidikan dan kebajikan muallaf di Negeri Selangor. Turut hadir dalam perbincangan ialah Ustaz Suhaimi Ismail, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS; Puan Norlaili Mohamad, Pemangku Penasihat Undang-Undang MAIS. Hadir sama ialah Encik Md Yusmizan Yusuf, Timbalan Ketua Divisyen Operasi Agihan Asnaf, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Encik Mohd Nurhisham Shamsir, Timbalan Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf LZS. Semoga jalinan hubungan ini dapat membina jaringan kerjasama yang baik dalam menguruskan hal ehwal muallaf di agensi masing-masing. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor