LAWATAN YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)
LAWATAN YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)
SHAH ALAM 18 Julai – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima lawatan dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Hasanuddin Mohd Yunus, Yang Dipertua YADIM di sini hari ini.
Delegasi seramai enam orang pegawai YADIM telah disambut baik oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS dan lawatan bertujuan memperkenalkan YADIM di institusi dan agensi kerajaan serta membincangkan cadangan pelaksanaan dan pembangunan dakwah di Negeri Selangor.
Turut hadir YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS; Ustazah Sabariah Salleh, Ketua Penolong Pengarah Dakwah JAIS; Encik Zainudin Johari, Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Agihan Daerah, LZS dan Puan Amirah Adillah Mohd Johari, Eksekutif Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, MAIS.
Semoga jalinan ukhwah ini akan dapat membangunkan peranan institusi-institusi dakwah di Negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
Kuala Lumpur, 3 Disember-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor...
SHAH ALAM-Seramai enam orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Shah Alam-Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini 3...
KUALA LANGAT,30 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui...
Putrajaya, 28 November-Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini telah...