Berita MAIS

PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH HULU SELANGOR
HULU SELANGOR, 8 Mei – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin Saidin, diteruskan dengan mengadakan lawatan ke institusi Islam di sekitar Hulu Selangor hari ini bagi mendalami isu berbangkit. Program turun padang selama sehari ini dimulakan dengan lawatan ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Selangor dengan pembentangan ringkas oleh Ustaz Mohd Khairi bin Md Zainal, Pegawai Tadbir Agama Hulu Selangor. Selain PAID Hulu Selangor, antara institusi yang dilawati hari ini ialah Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Pertubuhan Kebajikan Ar Rahmaniah, Masjid Ulu Yam Lama dan Maahad Tahfiz Nurul Iman, Serendah. Antara pengisian dalam program kali ini ialah taklimat ringkas pentadbiran dan situasi semasa di setiap institusi yang terlibat dan penyelesaian terhadap isu-isu yang dikenalpasti. Turut hadir ialah YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS; Mohd Aqmal bin Jais, Ketua Operasi Agihan Daerah Kuala Kubu Bharu, Lembaga Zakat Selangor; Encik Nasoha bin Jaiman, Pengurus Pentadbiran, Perbadanan Wakaf Selangor; Puan Noor Anisah binti Tuyot, Penolong Pendaftar, Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor serta Ketua-Ketua Unit PAID Hulu Selangor dan Maahad Tahfiz yang terlibat. #mais #menjunjungamanah PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH HULU SELANGOR HULU SELANGOR, 8 Mei – Program turun padang Pengerusi Majlis… Berita Penuh May 8, 2025 PROGRAM TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE DAERAH GOMBAK GOMBAK, 7 Mei – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama… Berita Penuh May 7, 2025 TURUN PADANG PENGERUSI MAIS KE KUALA SELANGOR KUALA SELANGOR, 6 Mei-Melihat sendiri perkembangan hal ehwal Islam adalah… Berita Penuh May 6, 2025 PROGRAM INSAN RABBANI: MAIS PULIHKAN 2,474 BEKAS AHLI GISBH TERMASUK KANAK-KANAK RAWANG, 4 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneruskan… Berita Penuh May 4, 2025 MAIS LANCAR KAD PERANCANG PEWARISAN ISLAM, LUAS PERANAN URUS WASIAT, HIBAH SHAH ALAM, 30 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 30, 2025 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor