Berita MAIS

MAIS ADAKAN PERTEMUAN BERSAMA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR
SHAH ALAM 2 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Baitulmal dan Sektor Pembangunan Sosial hari ini, mengadakan kunjungan ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor. Wakil MAIS diwakili oleh empat (4) orang iaitu Ustaz Hj. Mohammad Salleh bin Abdul Saha – Ketua Bahagian Dakwah & Pemasaran, Ustaz Mohd Romzi bin Abdullah Sani – Ketua Bahagian Harta Baitulmal, Ustazah Hafizatul Akmal binti Abdul Jalil – Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf & Pembangunan PIBK dan Ustaz Mohd Bakhtiar bin Suratman – Eksekutif Agihan Fidyah MAIS. Kunjungan ke JKM ini adalah bertujuan mengadakan satu perbincangan berkisarkan pengurusan pusaka di rumah jagaan warga emas dan agihan fidyah melalui agensi JKM Negeri Selangor. JKM menyambut baik hasrat MAIS dalam usaha untuk membentuk kolaborasi dua hala bagi mempromosikan perkhidmatan kedua belah pihak. En. Azmir bin Kassim, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor mengalu-ngalukankehadiran MAIS dan seterusnya mempengerusikan kunjungan hari ini. Semoga langkah awal ini dapat direalisasikan demi menjaga kebajikan dan keperluan masyarakat serta mengeratkan jalinan hubungan dua hala di antara MAIS dan JKM.Info lanjut, sila layari: www.mais.gov.my#mais #menjunjungamanah #penama #pentadbir #wasiat #hibah #hartapusaka #islamicestateplanning #JKM MAIS ADAKAN PERTEMUAN BERSAMA JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI SELANGOR SHAH ALAM 2 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh November 2, 2023 MAIS ANJUR PERTANDINGAN INOVASI AGENSI AGAMA ISLAM SELANGOR 2023 SHAH ALAM, 1 November 2023 – Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh November 1, 2023 MESYUARAT KHAS MAIS BIL.3/2023, SHAH ALAM, 31 Oktober – Mesyuarat Khas Majlis Agama Islam… Berita Penuh October 31, 2023 MULTAQA PENDAKWAH BERTAULIAH NEGERI SELANGOR DAN PELANCARAN PERKHIDMATAN DIGITAL PENGURUSAN TAULIAH MENGAJAR NEGERI SELANGOR SHAH ALAM, 28 Oktober 2023 – Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh October 28, 2023 HARI BERSAMA BAITULMAL MAIS DI MASJID DAMANSARA PERDANA, PETALING Petaling, 27 Oktober 2023 – Jumaat, Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh October 27, 2023 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor