Berita MAIS

PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN SIRI 5/2023 KEPADA PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP), MAIS
Shah Alam, 22 Julai- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK menganjurkan program Tafaqquh Fiddin Siri Ke 5/2023 kepada pegawai-pegawai yang bertanggungjawab menguruskan pengislaman di Pusat Pengurusan Pengislaman (PPP) MAIS. Sebanyak 41 pusat PPP MAIS yang terdiri daripada Baitulmal Daerah, Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) dan masjid yang telah bermula pada 18 Mac 2023 yang lalu. Program ini akan dilaksanakan pada setiap bulan dengan membincangkan beberapa tajuk berbeza yang memfokuskan kepada fiqh pengurusan Muallaf. Antara objektif program ini adalah untuk mengupas dan membincangkan beberapa isu kontemporari berkaitan dengan muallaf di samping dapat menyeragamkan penyampaian  maklumat kepada muallaf mengenai asas kefahaman Islam semasa proses awal pengislaman. Selain itu, program ini juga dapat menyatukan hati, pemikiran dan matlamat utama di kalangan pegawai dari PPP dalam pengurusan muallaf di negeri Selangor. Pengisian program Tafaqquh Fiddin siri ke 5/2023 kali ini disampaikan oleh YBhg. Ustaz Prof. Dr. Abdul Ghafar bin Don, Pensyarah Kanan dari Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuk perbincangan berkaitan dengan “Kehidupan Muallaf Selepas Pengislaman”, dimana antara topik menarik yang dikupaskan ialah: Fahaman masuk Islam masuk Melayu2. Pertukaran nama Penggunaan ‘Bin Abdullah’ Menukar ‘A/L ‘kepada ‘Bin’ Tinggal bersama keluarga bukan Islam selepas pengislaman Patung berhala dalam rumah Meraikan sambutan perayaan bukan Islam . Seramai 45 orang daripada PPP menyertai program kali ini. Kehadiran pegawai di PPP amatlah penting untuk membantu pihak MAIS dalam menyantuni muallaf semasa proses awal pengislaman mereka. PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN SIRI 5/2023 KEPADA PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN (PPP), MAIS Shah Alam, 22 Julai- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh July 27, 2023 TAHNIAH: TERAS BERJAYA SERAH DIVIDEN SEBANYAK RM200 RIBU SHAH ALAM, 25 Julai – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh July 25, 2023 TAHNIAH PELANTIKAN PENGERUSI BARU TERAS, YBHG. DATO’ BAKHTIAR BIN HUSIN Shah Alam, 25 Julai – YAD Tan Sri Dato’ Seri… Berita Penuh July 25, 2023 PENGERUSI MAIS MELAWAT TAPAK PROJEK MASJID DENAI ALAM DENAI ALAM, 21 Julai – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh July 24, 2023 JEMPUTAN CERAMAH WASIAT & PENGURUSAN HARTA ANJURAN PERKIM CAWANGAN PERGERAKAN BELIA WILAYAH PERSEKUTUAN 23 Julai 2023 – Baitulmal MAIS telah dijemput oleh PERKIM… Berita Penuh July 23, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor