SHAH ALAM 13 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini, menerima lawatan dari Pengurusan Air Selangor. Delegasi seramai 8 orang pegawai Pengurusan Air Selangor diketuai oleh Encik Kahirul Anam Sunhaji, Ketua Unit Pematuhan dan Semakan Pelan bertujuan bagi memberi maklumbalas rekod-rekod permohonan bekalan air oleh MAIS selain berkongsi kepada MAIS berkaitan pengenalan Air Selangor dan proses permohonan bekalan air. Haji Shah Ruddin Haji Abd Hamid, Pengarah Ekonomi MAIS mengalu-ngalukan kehadiran delegasi dan seterusnya mempengerusikan lawatan. Turut hadir dalam perbincangan mewakili MAIS ialah Puan Noormala Mohd Sa’ad, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat MAIS. Semoga jalinan hubungan ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan Pengurusan Air Selangor #mais #menjunjungamanah MAIS TERIMA LAWATAN DARI PENGURUSAN AIR SELANGOR PELABUHAN KLANG, 12 Mei- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh May 13, 2024 PROGRAM PERKADERAN ASNAF RIQAB 2024 ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR PELABUHAN KLANG, 12 Mei- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh May 12, 2024 MAIS MUDAHKAN MASYARAKAT URUS WASIAT & HIBAH SHAH ALAM, 9 Mei – Bagi melancarkan dan meluaskan lagi… Berita Penuh May 9, 2024 MAIS TERIMA KUNJUNGAN JKSM DAN JAKESS SHAH ALAM, 2 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 2, 2024 KAUNTER BAITULMAL MAIS SEMPENA KURSUS PERDANA HAJI Shah Alam, 28 April – Bersempena dengan Kursus Perdana Haji… Berita Penuh April 28, 2024 Add Your Heading Text Here