Artikel Dakwah

Double Jeopardy
Pengenalan Dalam sistem perundangan, prinsip Double Jeopardy merujuk kepada larangan seseorang individu dihukum lebih daripada sekali bagi kesalahan yang sama setelah dihukum atau dibebaskan oleh mahkamah. Prinsip ini menjadi asas kepada keadilan jenayah di kebanyakan negara dan ianya berfungsi sebagai pelindung hak individu daripada ketidakadilan di dalam sesebuah pendakwaan. Walaupun ia dianggap sebagai tonggak penting dalam sistem keadilan, isu berkaitan Double Jeopardy sering menimbulkan perdebatan, terutamanya apabila dikaitkan dengan keperluan menyeimbangkan hak individu dan kepentingan keadilan. Mengikut Kamus Undang-undang, Double Jeopardy bermaksud bahaya kembar. Kemungkinan pendakwaan berulang untuk kesalahan yang sama. sumber imej: freepik.com Prinsip Double Jeopardy telah lama wujud dan termaktub dalam sistem perundangan, termasuk Undang-undang Islam, Common Law dan Perlembagaan Persekutuan. Prinsip ini meliputi tiga situasi utama iaitu larangan terhadap pendakwaan semula bagi kesalahan yang sama selepas dibebaskan, larangan terhadap pendakwaan semula bagi kesalahan yang sama selepas disabitkan dan larangan terhadap hukuman berganda bagi satu kesalahan. Dalam konteks perundangan di Malaysia, prinsip ini termaktub di bawah Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan seperti berikut: “(2) Seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan atas sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama kecuali jika sabitan atau pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan oleh suatu mahkamah yang lebih atas daripada mahkamah yang telah membebaskan atau mensabitkannya itu.” Sumber imej: freepik.com Perkara 7(2) ini jelas menyatakan bahawa seseorang tidak boleh dihukum dua kali bagi satu kesalahan yang sama. Walaupun begitu, prinsip ini bukanlah mutlak dan tertakluk kepada beberapa pengecualian serta tafsiran tertentu dalam undangundang. Di dalam kes Jamali Adnan v Pendakwa Raya, tertuduh telah disabitkan kesalahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 kerana melakukan jenayah rompakan bersenjata. Kemudian, tertuduh didakwa di bawah akta yang sama bagi kesalahan memiliki peluru revolver. Mahkamah memutuskan bahawa elemen utama bagi kedua-dua kesalahan tersebut adalah berbeza meskipun mengguna pakai fakta kes yang sama. Oleh itu, ia tidak menyebabkan pelanggaran prinsip Double Jeopardy.   Konsep Double Jeopardy juga boleh dilihat dalam Seksyen 302 Kanun Prosedur Jenayah yang menyatakan bahawa “orang yang pernah disabitkan atau dibebaskan tidak boleh dibicarakan di atas kesalahan yang sama”. Perkara ini juga dinyatakan di bawah Seksyen 134 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Sumber imej: https://slamatlaw.co.za/ (1) Seseorang yang telah dibicarakan bagi sesuatu kesalahan oleh suatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten dan telah disabitkan atau dibebaskan atas kesalahan itu tidak boleh, selagi sabitan atau pembebasan itu berkuat kuasa, dibicarakan semula bagi kesalahan yang sama atau atas faktafakta yang sama bagi apa-apa kesalahan lain yang baginya suatu pertuduhan yang lain daripada pertuduhan yang dibuat terhadapnya boleh dibuat di bawah seksyen 91 atau yang atasnya dia boleh disabitkan di bawah seksyen 92. Konsep Double Jeopardy dalam jenayah syariah. Dalam konteks jenayah syariah, meskipun Double Jeopardy tidak disebut secara langsung dalam nas al-Quran dan hadis, namun prinsip keadilan yang dianjurkan dalam Islam tetap mengambilkira dan menitikberatkan hak bagi setiap tertuduh supaya tidak dizalimi.   “Dan Allah telah menjadikan langit yang tinggi, serta Dia mengadakan neraca keadilan (undang-undang). (7); Supaya kalian tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan. (8); Dan betulkanlah timbangan itu dengan adil, dan janganlah kalian mengurangi neraca timbangan. (9).” (al- Rahman: 7-9) Selain itu, kaedah Fiqh juga menyebut “Hukuman berdasarkan prinsip keadilan” (al-‘uqubat tuqarraru lil-‘adalah). Kaedah ini menekankan bahawa semua hukuman dalam syariah mesti berasaskan prinsip keadilan. Dalam konteks Double Jeopardy, jika hukuman tersebut telah dilaksanakan berdasarkan fakta yang sahih maka tidak ada keperluan untuk mengulangi hukuman terhadap tertuduh. Konsep double jeopardy ini juga adalah selari dengan kehendak Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan tersebut. Sumber imej: https://www.bharian.com.my/ Prinsip ini tidaklah mengikat secara mutlak namun ia masih tertakluk kepada beberapa pengecualian serta tafsiran tertentu di dalam undang-undang. Sebagaimana yang diputuskan dalam kes KPS lwn. Mohd Isa Bin Yusof dan Saalmaa Binti Abd. Rahman bahawa: “berdasarkan kepada tafsiran dan peruntukkan menjelaskan bahawa kesalahan berulang ini membawa kepada penjelasan seseorang itu tidak boleh dipertuduhkan atas satu kesalahan yang sama dan pernah disabitkan terdahulu melalui fakta yang sama namun ia adalah boleh dipertuduhkan kepada seseorang di atas kesalahan-kesalahan yang berbeza yang terbit daripada satu transaksi’.’’ Mahkamah juga turut merujuk kepada Seksyen 90 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003 iaitu berkenaan perbicaraan bagi lebih daripada satu kesalahan. Mahkamah memutuskan bahawa: “jika satu kesalahan itu terbit daripada suatu siri perbuatan yang berkaitan dan datang dari transaksi yang sama, orang yang dituduh atas kesalahan itu boleh 6 dipertuduhkan dan dibicarakan bagi setiap kesalahan itu. Dalam kes ini kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh 1 dan tertuduh 2 adalah Berpoligami Tanpa Kebenaran Mahkamah dan Nikah Tanpa Kebenaran Pendaftar. Keduadua kesalahan bercanggah dengan Seksyen 23 dan Seksyen 19 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang memperuntukkan, jika seseorang ingin berpoligami dan bernikah, mereka perlulah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Pendaftar. Kedua-dua kesalahan ini tidak akan berlaku jika mereka tidak bersubahat antara satu sama lain menjayakan pernikahan di lokasi kesalahan. Oleh demikian, kesalahan subahat yang dipertuduhkan kepada setiap tertuduh ini berkait kesalahan induk masing-masing adalah bukan satu kesalahan berulang atau tidak selari dengan doktrin Double Jeopardy ke atas tertuduh. Namun ia adalah satu pertuduhan yang jelas berdasarkan kesalahan-kesalahan induk dipertuduhkan yang terbit dari suatu situasi yang sama iaitu perkahwinan yang dijalankan di Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat, Songkhla Thailand pada 09 Mei 2016.”  Sumber imej: https://www.airtimes.my Kesimpulan Konsep Double Jeopardy dalam kesalahan jenayah syariah memainkan peranan penting dalam memastikan keadilan terpelihara selari dengan dengan prinsip keadilan di dalam Islam yang bertujuan memberi perlindungan kepada hak individu, mengelakkan penindasan serta memastikan sistem perundangan jenayah syariah dapat dilaksanakan secara adil dan harmoni. Ini juga selaras dengan hadith Rasulullah SAW. مَنْ عُوقِبَ بِذَنْبِهِ فِي الدُّنْيَا، فَهُوَ لَهُ كَفَّارَة  Maksudnya: “bahawa sesiapa yang dihukum di dunia kerana dosanya, maka hukuman itu menjadi kaffarah (penebus) baginya di akhirat”. [HR : Muslim] Double Jeopardy Pengenalan Dalam sistem perundangan, prinsip Double Jeopardy merujuk kepada larangan… Baca Lagi March 27, 2025 Bahaya Mengidolakan Selebriti atau Karakter Fiksi yang Bertentangan dengan Nilai Islam Dalam dunia moden yang dipenuhi dengan teknologi dan media, selebriti… Baca Lagi March 12, 2025 WASPADA ANCAMAN MEDIA SOSIAL Media sosial ditakrifkan sebagai pelbagai perantaraan atau saluran komunikasi yang… Baca Lagi February 25, 2025 SAMPAI BILA MAHU KAHWIN SENYAP-SENYAP Perkahwinan sindiket telah lama berlaku sama ada perkahwinan itu dilaksanakan… Baca Lagi February 13, 2025 NIKAH MISYAR Pendahuluan Secara asasnya, Allah SWT menjadikan manusia hidup secara berpasangan… Baca Lagi December 5, 2024
Baca Lagi
POSTER_ARTIKEL22
NIKAH MISYAR
Baca Lagi
POSTER_ARTIKEL20
PETUA DAN KHURAFAT
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor