MAIS KUNJUNGI BANK RAKYAT: Wujudkan Peluang Kerjasama Dan Potensi Pelaburan Bersama
KUALA LUMPUR, 27 Julai 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad di sini bertujuan membincangkan peluang kerjasama dan pelaburan yang baik. Delegasi dari MAIS seramai 7 orang diketuai oleh Setiausaha MAIS, Dr. Hj. Ahmad Shahir Makhtar, disambut baik oleh Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad iaitu Datuk Haji Abd Rani Lebai Jaafar. Tujuan kunjungan ini diadakan bagi membincangkan peluang pelaburan MAIS dalam meningkatkan pulangan pelaburan yang baik dan terjamin di samping menyumbang kepada pembangunan ekonomi ummah secara tidak langsung melalui skim pembiayaan patuh Syariah – Ar-Rahnu. Turut hadir Puan Hajah Rohani binti Dato’ Mohd Shahir, Anggota Jawatankuasa Teknikla Pelaburan MAIS, Dato’ Wan Kamaruzaman bin Wan Ahmad, Anggota Jawatankuasa Teknikal Pelaburan MAIS, Puan Norzaihan binti Md Zain, Pengarah Kewangan MAIS dan Encik Muhammad Syafiq bin Ahmad Fozi, Penolong Pengurus Komunikasi Korporat, MAIS. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
brown-white-mother-baby-goats-inside-barn-1024x683
IBADAH KORBAN
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor