PROGRAM TURUN PADANG MAIS KE KG. ORANG ASLI PULAU INDAH KLANG SEMPENA PENGHAYATAN BULAN MUALLAF TAHUN 2022
KLANG – 16 Julai 2022, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sekali lagi mengadakan Program Turun Padang Ke Kampung Orang Asli Pulau Indah, Klang bagi berkongsi pelbagai isu berkaitan hal ehwal Islam termasuk pendaftaran pengislaman, pendaftaran pernikahan dan dokumen pengenalan diri kepada masyarakat orang asli yang dihadiri hampir 100 orang penduduk di sini. Program Turun Padang ini  diadakan adalah sempena dengan program Penghayatan Bulan Muallaf  Tahun 2022 yang bermula 1 Julai 2022. Antara agensi yang terlibat kali ini termasuk Jabatan Pendaftaran Negeri Selangor, Bahagian Undang-undang Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Bahagian Dakwah JAIS, Lembaga Zakat Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah Klang dan Penggerak Masyarakat Orang Asli. Turut sama hadir pada program kali ini Ustazah Hafizatulakmal binti Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK MAIS, Encik Khalil Anwar, JPN Selangor dan  Ustazah Nik Suhaila Nik Hussin, BUUK JAIS. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor