MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIDAM
SHAH ALAM , 17 Ogos 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari ini menerima lawatan dari Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Delegasi seramai 10 orang telah hadir ke MAIS diketuai oleh Ustaz Nazli Amirri Ngah, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Zakat) MAIDAM bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) di samping mengeratkan hubungan silaturahim dan berkongsi perkembangan terkini pengurusan Baitulmal di MAIDAM. Ustaz Indera Shahril Mohd Shahid, Pengarah Baitulmal mengalu-alukan kehadiran delegasi dari MAIDAM. “Terima kasih kepada pihak MAIDAM, semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kita bersama dalam memperkasa urusan kehartaan umat Islam. “Semoga lawatan ini dapat mengeratkan hubungan yang baik di antara MAIS dan MAIDAM dalam menguruskan harta umat Islam selari dengan hukum syarak,”katanya. Turut hadir mewakili MAIS ialah Puan Munirah Aminuddin, Ketua Bahagian Undang-Undang Sivil MAIS; Ustaz Mohd Romzi Abdullah Sani, Ketua Bahagian Harta Baitulmal MAIS dan Ustaz Mohamad Salleh Abd Saha, Ketua Bahagian Dakwah dan Pemasaran MAIS. MAIS PERUNTUK DANA RM500,000 SETAHUN, SANTUNI ANAK YATIM – Gotong-Royong Agih 600 bubur lambuk kepada anak-anak yatim sempena Ramadhan KLANG – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memperuntukkan dana sumbangan… Berita Penuh April 17, 2023 BAITUL ISLAH MAIS & AADK ANJUR MAJLIS IFTAR SEMPENA SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN 1444 H SERENDAH, 10 April 2023 – Pusat Perlindungan Baitul Islah Majlis… Berita Penuh April 17, 2023 JEMPUTAN CERAMAH PENYUCIAN HARTA DI RISDA HOLDINGS AMPANG, 7 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh April 17, 2023 MAIS SUMBANG RM11.3 JUTA BANTU OPERASI RUMAH PEMULIHAN RIQAB (RPR) SHAH ALAM, 9 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh April 17, 2023 MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia… Berita Penuh April 17, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor