MESYUARAT MAIS BIL. 6/2023, TERAKHIR BAGI TAHUN 2023
28 November 2023, Shah Alam –Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan mesyuarat MAIS bilangan ke 6 bagi tahun 2023 yang juga mesyuarat MAIS yang terakhir bagi sesi 2021- 2023. Mesyuarat dipengerusikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS yang membincangakan hal ehwal agama Islam di Selangor melibatkan Anggota MAIS dan wakil seramai 21 orang ahli keseluruhannya. Antara kertas cadangan yang diluluskan ialah Garis Panduan Pengurusan Kewangan, Perolehan dan Aset Masjid dan Surau Negeri Selangor, Pelan Anti Rasuah, Pelantikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor dan Yayasan Islam Darul Ehsan. Selesai mesyuarat, turut diadakan penyerahan cenderahati penghargaan kepada semua Anggota MAIS bagi sesi 2021- 2023. Pengerusi MAIS turut mengucapkan jutaan penghargaan atas komitmen jitu yang telah diberikan oleh anggota MAIS sepanjang sesi ini. Antara Anggota MAIS yang hadir ialah Dato’ Haji Emran Haji Kadir, Timbalan Pengerusi MAIS, YAD SS Dato’ Setia Prof Madya Dr. Hj Anhar Haji Opir, Mufti Selangor (hadir melalui atas talian), YBhg Dato’ Haji Mohd Shahzihan Ahmad, Sahibus Saadah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan YB Dr. Mohammad Fahmi Ngah, Exco Agama Islam & Pembudayaan Inovasi Negeri Selangor. Turut hadir Y.Bhg Dr. Haji Ahmad Shahir Makhtar, Setiausaha MAIS. MESYUARAT MAIS BIL. 6/2023, TERAKHIR BAGI TAHUN 2023 SHAH ALAM, 24 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh November 28, 2023 MAIS SUMBANG RM200 RIBU KEPADA PALESTIN SHAH ALAM, 24 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh November 24, 2023 KURSUS PEMANTAPAN PANEL PENASIHATAN AKIDAH DAN PANEL ISTITABAH 2023 KLANG, 19 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui… Berita Penuh November 19, 2023 ZIARAH MEDIA, BINA JALINAN KERJASAMA Bukit Jalil, 17 November 2023 – Majlis Agama Islam Selangor… Berita Penuh November 17, 2023 LAWATAN MAIS KE JABATAN HAL EHWAL ISLAM NEGERI SEMBILAN DAN JABATAN MUFTI NEGERI SEMBILAN NEGERI SEMBILAN, 15 November – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh November 15, 2023 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
socmed-01
UMAT TERBAIK
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor