KURSUS INDUKSI PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN (PIBK) DIBAWAH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)
KLANG, 16 Februari 2024 – Unit Pembangunan PIBK, Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK, MAIS telah mengadakan Kursus Induksi Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Kursus ini telah dihadiri seramai 30 orang peserta dalam kalangan AJK Tertinggi dan ahli pertubuhan daripada 13 buah PIBK baharu yang menyertai di bawah MAIS. Matlamat kursus ini adalah untuk menjelaskan kewujudan PIBK di bawah MAIS dan peranannya bagi membantu MAIS, JAIS, LZS dan YIDE dalam menjaga, mempertahankan serta memartabatkan kesucian agama Islam secara bersepadu dari sebarang ancaman akidah mahupun sosial di negeri Selangor. Dua slot pengisian iaitu pengenalan dan peranan dan tanggungjawab PIBK telah disampaikan oleh Puan Hajjah Hafizatulakmal binti Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK. Turut dibentangkan kaedah pelaporan PIBK dan konsep pemberian ganjaran kepada peserta oleh Puan Amirah Addilah binti Mohd Johari, Eksekutif Pembangunan PIBK. Semoga penyertaan PIBK ini dapat bersama-sama membantu MAIS dan agensi yang melaksanakan dasar-dasar MAIS dalam menegakkan syiar Islam. KURSUS INDUKSI PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN (PIBK) DIBAWAH MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) Shah Alam – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari… Berita Penuh February 16, 2024 MAIS TERIMA KUNJUNGAN MAJLIS ISLAM SARAWAK Shah Alam – Alhamdulillah, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) hari… Berita Penuh February 15, 2024 MAIS TERIMA LAWATAN DARI KEMENTERIAN DALAM NEGERI Shah Alam – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima lawatan… Berita Penuh February 13, 2024 MAIS TERIMA KUNJUNGAN SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA SHAH ALAM, 8 Februari – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh February 8, 2024 PUSAT INFORMASI ISLAM MAIS (PIIM) TERIMA KUNJUNGAN LAWATAN PENANDA ARAS JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI) SHAH ALAM, 5 Februari 2024 – Pusat Informasi Islam MAIS… Berita Penuh February 5, 2024 Add Your Heading Text Here
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor