AGIHAN FIDYAH MAIS TAHUN 2024 BERJUMLAH RM87,639.00 DIAGIH KEPADA 393 PENERIMA YANG LAYAK
AGIHAN FIDYAH MAIS TAHUN 2024 BERJUMLAH RM87,639.00 DIAGIH KEPADA 393 PENERIMA YANG LAYAK

29 Feb – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meneruskan lagi agihan fidyah bagi tahun 2024 berjumlah RM 87,639.00 kepada golongan yang memerlukan bantuan.
Sumbangan fidyah melibatkan dua daerah dengan jumlah 393 orang penerima barangan kotak makanan kering dengan nilai RM 87,639.00 yang layak menerima bantuan fidyah MAIS berupa set makanan kering seperti Beras, Minyak Masak, Bihun, Gula, Tepung Gandum, Kicap Manis, Sardin dan Susu Pekat Manis.
Agihan fidyah ini disalurkan menerusi kerjasama dengan Rakan Strategik Agihan Fidyah MAIS (RSAFM) di dua daerah yang berasingan iaitu melalui Pertubuhan Ehsan Bandar Sri Damansara di daerah Petaling dan Persatuan Peniaga Bazar Banting di daerah Kuala Langat.
Pihak MAIS merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pembayar fidyah yang telah memberikan kepercayaan kepada MAIS untuk melaksanakan agihan fidyah bagi taun 2024 ini, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan bebanan mereka semua yang memerlukan.
Kuala Langat – Program turun padang Pengerusi Majlis Agama Islam...
SHAH ALAM, 29 Mei – Duli Yang Maha Mulia Sultan...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SABAK BERNAM, 27 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM, 24 Mei 2025 – Pengerusi Majlis Agama Islam...