KEWAJIPAN MEMPERTAHANKAN INSTITUSI RAJA SEBAGAI BENTENG KEDAULATAN ISLAM

KEWAJIPAN MEMPERTAHANKAN INSTITUSI RAJA SEBAGAI BENTENG KEDAULATAN ISLAM

masjid 1024x715 1
Institusi Raja merupakan sistem politik yang terpelihara dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kedudukan itu disebabkan Institusi Raja merupakan adat perlembagaan dalam sistem pemerintahan watan yang mendirikan kenegaraan di Tanah Melayu sejak beratusan, atau mungkin ribuan tahun dahulu lagi.

  • Perkara 71(1) memperuntukkan jaminan Persekutuan ke atas hak dan keistimewaan raja-raja Melayu menurut undang-undang tubuh kerajaan negeri masing-masing.

Adat perlembagaan di Tanah Melayu berbeza dengan maksud dan kedudukan constitutional convention yang digunapakai dalam kerangka Westminster.

Ini kerana adat perlembagaan bersumberkan adat Melayu bertulis yang berkuat kuasa sejak sebelum Hari Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.

Sebahagian adat perlembagaan tersebut dimasukkan dalam dokumen undang-undang tubuh kerajaan negeri yang lebih bersifat moden berbanding dengan bentuk penulisannya yang terdahulu.

Di samping itu juga, raja-raja Melayu mempunyai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran di peringkat Persekutuan yang tidak boleh disentuh tanpa perkenan Majlis Raja-Raja yang bersidang menurut Jadual Kelima.

eec7ce3559664c452ea5a4b5e86bce24

Jadual Kelima mengecualikan kehadiran Yang di-Pertua Negeri bagi maksud pemilihan Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan ketika prosiding yang berhubungan semata-mata dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja Melayu atau dengan perbuatan, amalan atau upacara agama Islam.

Jaminan Persekutuan juga termasuklah batasan yang dikenakan kepada Parlimen untuk meluaskan bidang kuasanya dalam agama Islam dan adat Melayu yang terletak bawah bidang kuasa negeri seperti termaktub dalam Perkara 150(6A) dan Senarai II Jadual Kesembilan.

  • Perkara 150(6A) menghalang Parlimen ketika proklamasi darurat masih berkuat kuasa untuk meluaskan kuasanya mengenai hukum syarak atau adat Melayu atau mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Sabah atau Sarawak.
court hammer books judgment law concept 1024x683 1
Oleh kerana adat perlembagaan yang menjadi teras dalam adat Melayu masih terpelihara dalam takrifan kedaulatan raja-raja Melayu seperti dinyatakan dalam Laporan Jawatankuasa Kerja Perlembagaan 1946 serta terus menerus dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan setiap undang-undang tubuh kerajaan negeri, maka meskipun berlaku darurat kedudukan institusi beraja di dalam Persekutuan Malaysia atau mana-mana bahagiannya tidak boleh digantung atau dihapuskan melalui ordinan darurat mahupun akta Parlimen.

Kedaulatan raja-raja Melayu dinyatakan dalam Laporan Jawatankuasa Kerja Perlembagaan 1946 adalah terletak pada diri raja di negeri baginda mengikut adat Melayu.

Atas kedaulatan raja-raja Melayu maka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang memberi kuasa interim kepada Pesuruhjaya Tinggi untuk melaksanakan fungsi kuasa yang ditetapkan menjadi sah.

Atas kedaulatan yang sama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 diinstitusikan melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu bertarikh 5 Ogos 1957.

religious muslim book being held hands 1024x683 1

Kajian teks undang-undang bertulis dan sejarah perundangan menunjukkan bahawa adat Melayu itu adalah apa yang ditakrifkan sebagai adab, budaya dan undang-undang pada hari ini selain daripada hukum hakam yang diwahyukan dalam al-Qur’an dan al-Sunnah; merangkumi

  • Prinsip kedaulatan,
  • Sistem perundangan,
  • Politik,
  • Peraturan,
  • Ethos dan
  • Nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam seperti diwarisi daripada amalan masyarakat dan kerajaan Melayu pada masa silam.

Kedaulatan mengikut adat Melayu meletakkan kedudukan raja-raja Melayu sebagai khalifah iaitu pemegang amanah kedaulatan mutlak milik Allah SWT. Status tersebut termaktub dalam adat perlembagaan yang terkandung dalam pelbagai hukum kanun di Tanah Melayu.

Hukum kanun sebagai adat Melayu bertulis masih diiktiraf kerana merupakan elemen dalam takrifan undang-undang menurut Perkara 160(2) dan berstatus sebagai undang-undang sedia ada di bawah Perkara 162.

Kedududukan kedaulatan mengikut adat Melayu dalam kerangka undang-undang negara diperkukuhkan lagi melalui Perkara 181(1) yang menetapkan bahawa kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa raja-raja Melayu (takrifan raja bagi Negeri Sembilan termasuklah Yang di-Pertuan Besar dan Pembesar Memerintahnya) sebagaimana yang sedia ada seperti sebelum Hari Merdeka adalah tetap terpelihara dan tidak terjejas, melainkan setakat yang dihadkan oleh peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

malaysia flag 3d rendering blue sky building background 1024x597 1

Pentakrifan kedaulatan seorang raja Melayu mengikut adat Melayu dengan sendirinya mengabsahkan amalan patuh syariah sebagai prinsip kedaulatan Malaysia selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan Negeri.

Kedudukan tersebut juga meletakkan kewajipan kepada setiap individu dan entiti yang melaksanakan fungsi kuasa perundangan, eksekutif dan kehakiman seorang raja Melayu untuk menyempurnakan tanggungjawab baginda sebagai pemegang amanah kedaulatan milik Allah SWT.

Dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri yang mensyaratkan raja pemerintah untuk bertindak mengikut nasihat dewan perundangan atau eksekutif adalah bermaksud nasihat yang diberikan di bawah apa jua peruntukan undang-undang tidaklah boleh bercanggah dengan prinsip patuh syariah.

Dari sudut kehakiman, setiap mahkamah yang melaksanakan kuasa kehakiman Persekutuan di bawah Perkara 121 mahupun mahkamah Syariah perlulah mendaulatkan prinsip perundangan Islam dalam pentadbiran keadilan dan bidang kuasa semakan yang terletak padanya.

concept solution domino effect slightly de focused close up shot selective focus 1024x683 1

Kesimpulannya, semua orang Islam di Malaysia mempunyai kewajipan untuk mempertahankan institusi beraja yang sekaligus mensyaratkan institusi beraja dan rakyat untuk menjadi benteng kedaulatan berlandaskan ajaran Islam.

MAIS | Majlis Agama Islam Selangor