TAZKIRAH JUMAAT SEMPENA KEMPEN FIDYAH MAIS
TAZKIRAH JUMAAT SEMPENA KEMPEN FIDYAH MAIS
KLANG 18 Februari 2022 – MAIS selaku badan berautoriti hal ehwal agama Islam Selangor terus melaksanakan fungsinya memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab membuat bayaran fidyah.
Alhamdulillah, dalam tazkirah sebelum solat Jumaat yang berlangsung di Masjid Kota Raja, Klang, kira-kira 100 orang jemaah telah menghadirkan diri untuk mendengar ceramah berkaitan fidyah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hidayat Mohd Suhaimi, Ketua Zon C Baitulmal Daerah Klang & Kuala Langat.
Dalam tazkirah yang disampaikan, pihak MAIS menyeru semua ahli kariah untuk saling mengingati sesama ahli keluarga masing-masing dalam melunaskan tanggungjawab membayar fidyah.
Semoga para jemaah mendapat pencerahan berkaitan fidyah dan panduan untuk membayarnya.
Untuk membuat bayaran fidyah: https://fpxv2.mais.gov.my/
Sulh adalah konsep penyelesaian pertikaian dalam Islam yang menggalakkan keamanan...
SHAH ALAM, 22 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM 19 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Sumber imej: Harian Metro Solat merupakan satu ibadah yang diperintahkan...
Iftar perdana dan penghargaan pencapaian penilaian Had Ta’lif muallaf 2024...