SUMBANGAN PASCA BANJIR DI SUNGAI BULOH
SUMBANGAN PASCA BANJIR DI SUNGAI BULOH
SUNGAI BULOH 29 Januari 2022 – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memberikan sumbangan kepada mangsa banjir di Taman Saujana Aman, Sungai Buloh.
Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Ustazah Hafizatulakmal binti Abdul Jalil, Ketua Bahagian Pendaftaran Muallaf dan Pembangunan PIBK kepada Encik Amin Yaziz bin Bani Yamin, Pentadbir Surau Amanullah merangkap Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Saujana Aman.
Sumbangan berbentuk set toto sebanyak 100 set telah dibekalkan oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE).
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa yang terkesan dengan banjir dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Jumlah keseluruhan sumbangan pada hari ini adalah sebanyak 100 set toto dengan kos sebanyak RM10,000.00 hasil sumbangan melalui Tabung Amanah MAIS.
Sulh adalah konsep penyelesaian pertikaian dalam Islam yang menggalakkan keamanan...
SHAH ALAM, 22 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
SHAH ALAM 19 April – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)...
Sumber imej: Harian Metro Solat merupakan satu ibadah yang diperintahkan...
Iftar perdana dan penghargaan pencapaian penilaian Had Ta’lif muallaf 2024...