Galleries

MAJLIS PERASMIAN MASJID TAMAN ALAM JAYA DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1444H
PUNCAK ALAM, 8 April 2023 – Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan hadir Majlis Perasmian Masjid Taman Alam Jaya dan Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor Bersama Rakyat serta Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1444H. Baginda yang diiringi Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah berkenan merasmikan Masjid Taman Alam jaya yang terletak di Puncak Alam. Masjid Taman Alam Jaya seluas 2.09 ekar dan mampu menampung sehingga 2 ribu jemaah ini telah siap dibina pada Februari 2020 dengan kos sebanyak RM10.396 juta. DYMM Sultan Sharafuddin turut berkenan menerima pembayaran zakat perniagaandari 4 buah syarikat iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (RM2,626,994.23), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (RM1,500,000), Jakel Trading Sdn.Bhd. (RM1,050,550) dan Lembaga Juruukur Tanah Malaysia (RM1,000,000) bagi pembayaran tahun 2022. Majlis tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari; Mufti Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS; Dato’ Setia Prof. Madya Dr. Haji Anhar Haji Opir, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad menyaksikan sebanyak RM272,000 diagihkan kepada 544 asnaf yang terdiri daripada 65 orang fakir, 264 orang miskin dan 215 muallaf. DYMM Sultan Sharafuddin kemudian turut berkenan berbuka puasa dan menunaikan Solat Sunat Tarawih 20 rakaat bersama asnaf dan penduduk di sekitar Kuala Selangor. Kredit : Jabatan Agama Islam Selangor PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH SHAH ALAM, 22 Mei – Seramai enam orang pegawai Majlis… Berita Penuh May 24, 2023 PROGRAM PENERANGAN BERKAITAN ISU KALIMAH ALLAH SHAH ALAM 18 MEI – Majlis Agama Islam Selangor mengadakan… Berita Penuh May 22, 2023 PROGRAM PENCEGAHAN KEPARAHAN SOSIAL BERTEMAKAN ”REMAJA BERWAWASAN” ANJURAN BAHAGIAN PEMULIHAN AL RIQAB MAIS Shah Alam, 11 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 15, 2023 MAJLIS RAMAH MESRA DAN SAMBUTAN AIDILFITI TAHUN 2023M/1444H BAITUL ISLAH DISAMBUT MERIAH Serendah, 11 Mei – Biarpun Syawal semakin menghampiri ke penghujungnya,… Berita Penuh May 12, 2023 MAIS TERIMA LAWATAN DARI MAIPk Shah Alam, 11 Mei – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)… Berita Penuh May 12, 2023
Baca Lagi
MAIS | Majlis Agama Islam Selangor